Friday, October 18, 2013

Sukarnya Menjadi Kepala

Bissmillahhirrahmannirrahim

Baiklah untuk next entri ini, aku nak mencoretkan sedikit tentang menjadi seorang 'kepala' tidak kira dimana-mana organisasi. Semua mesti tahu, menjadi ketua merupakan satu tugas yang sukar dan ianya satu tugas yang pasti mengundang sumpah seranah orang-orang dibawahnya. Tapi aku rasalah seseorang ketua harus bijak dalam menangani dan menguruskan pentadbirannya dengan pandai mengikut rentak yang ditunjukkan. Ini bukanlah satu sesi ketidakpuasan hati pada sesiapa kerana aku tidak menyatakan dan menujukan kepada sesiapa pun. Sebab kalau lah ada pun orang nak baca entri ni, mereka akan perasan yang aku menghentam dan menjuruskan entri ini pada mereka. Aku tak nak la pulak rasa kena saman kan... Poyo nya la hai stetment kan. Berbalik pada sebelumnya, seseorang ketua itu bagi aku perlu menjalinkan kemesraan dengan semua orang. Kadang-kadang seorang ketua yang perasan bagus ni tidak sedar kebagusannya tu berpunca dari jenteranya yang bergerak seiring. Satu lagi bagi aku la seseorang ketua itu tidak perlu nak menonjolkan sisi kebaikan sedangkan diri sendiri pun melanggar prinsip dan undang-undang... Jadi tak mahu la nak up panjang-panjang sangat pasal ni sebab nanti dikira kes lain pula. Btw, ketua jangan ingat segala yang keluar dari mulut dan tindakan diri itu betul senantiasa dan sebetulnya, jentera bawahan merupakan 'kepala' sebenar dan mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan anda.... Terimaa kasihhhh.... :

Hanya Tontonan Tanpa Serap

Bissmillahhirrahmannirrahim

Pada waktu ini, aku terfikir untuk menyoal atau sama-sama kita berfikir, tentang satu perkara yang sangat simple dan mudah. Semua mesti tahu dan pernah menonton cerita Tanah Kubur yang disiarkan di Astro Oasis. Cerita ni memang satu cerita yang bagus dan banyak pengajaran yang boleh diambil dan digunakan dalam kehidupan kita. Persoalannya, kenapa sebahagian dari kita hanya menonton cerita dan kisah yang diangkat itu sebagai satu hiburan semata-mata... Ya mungkin kisah tersebut diselitkan sedikit humor dan itu perlu untuk menyampaikan mesej yang baik. Tapi mesej tersebut bagi aku tidak sampai dan menyerap ke dalam jiwa penonton. Setiap episod dari cerita dan kisah yang dipaparkan sangat sarat dengan nasihat dan merupakan pengajaran untuk kita bermuhasabah diri dan merenung kesilapan kita dan menerbitkan keinsafan untuk pulang ke pangkuanNYA. Dan untuk diri aku, aku hanya berdoa lah supaya pintu hati aku dan sesiapa yang berkenaan terus dibukakan untuk mengenang dan menyerap apakah yang bakal berlaku pada diri dikehidupan disana nanti. Sudah keras dan hitamkah hati penonton yang hanya menonton cerita dan kisah yang menginsafkan seperti itu dengan hanya menyaksikannya sekadar hibiran semata-mata... Cubalah fikir dan perhatikan manusia sekeliling kalian... Assalammualaikum w.b.t =)