Sunday, November 11, 2012

Mastechef Malaysia 2 LAGI??

Bismmilahhirahmannirahim

Sebelum ini aku ada post pasal program Masterchef Malaysia musim ke-2 ni. Sebelum ini aku nyatakan senarai peserta yang aku sokong. Tetapi itu bukan cerita utama nya disini. Mastechef Malaysia ni bagi aku sama macam rancangan realiti lain. Cuma bezanya tiada undian dan apa yang diadili adalah masakan mereka. Cuma apa yang aku pelik disini, apabila ada rancangan realiti, mesti ada peserta yang tidak disukai. Dalam rancangan Masterchef ini pun tidak terkecuali. Ini adalah dari bacaan aku di laman sosial dan dari blog-blog serta portal rasmi Masterchef Malaysia musin ke-2. Rata-rata penonton tidak menyukai dua peserta iaitu Fizuan dan juga Dean.


Calon-Calon Juara Masterchef Malaysia ke-2


Ahmad Nuruddin Bin Md. Rasid ( Dean )


Mohamad Fizuan Syahnaz ( Fizuan )

Haaa inilah antara dua peserta yang penonton nak tengok sangat mereka ini disingkirkan. Apa sebab pun tak tahu lah kan. Penonton berpendapat mereka berdua ni mempunyai mulut yang berbisa. Tapi bagi aku, kalau dikira dari segi bakat memasak, mereka ini memang berbakat dan pandai memasak. Hidangan yang disediakan pun memang nampak menarik. Cuma mungkin dari segi attitude ataupun perangai masih boleh dibaiki. Biasalah nama pun rancangan realiti. Mesti la ada dramanya. Walau apa pun, bagi pandangan aku, kita ni sebagai penonton belum tentu mampu buat apa yang mereka buat kalau kita yang masuk rancangan ini. Sebab untuk menyediakan makanan dan masakan dalam tempoh yang telah ditetapkan memang amat memberi tekanan pada dasarnya. Ditambah pula dengan had limit masa yang diberi untuk memilih bahan-bahan masakan. Jadi bagi aku, aku sebagai penonton meletakkan rasa respect yang tinggi pada mereka semua dan apa yang kita harus nilai adalah masakan yang mereka persembahkan bukan attitude. Buat apa laa nak habiskan idea dan bertegang urat melepaskan tahap kebencian pada peserta yang tidak diminati. Bukannya dapat apa-apa faedah utuk diri sendiri pun kan. Yang penting aku sokong kesemuanya.... Selamat maju jaya kepada semuanya... 



Tahniah, Congratz & Mabrouk

Bismmilahhirahmanirrahim

Bermula semalam, musim cuti persekolahan sudah pun bermula. Tetapi bukan bagi calon-calon peperiksaan SPM. Teruskan berjuang demi mencapai cita-cita. Apabila tiba musim cuti sekolah ni, memang tidak dapat dinafikan lah banyak kenduri kahwin dan jemputan pun banyak tak kira lokasi. Cuma aku sahaja yang tidak tahu bila tarikhnya. HAHAHAHA sempat lagi.. Haa kalau semua baca akhbar hari ini mesti tahu siapa yang bari melangsungkan perkahwinan. Disini aku nak highlight kan 2 orang atlet kebanggaan dalam sukan badminton negara. Tidak lain tidak bukan mesti lah jaguh perseorangan Dato' Lee Chong Wei & jaguh beregu negara Mohd Zakry Abd Latiff. Yang paling menarik mengenai perkahwinan mereka adalah kedua-dua jaguh tersebut mengahwini pasangan yang juga berada di dalam arena sukan. Ermmm sangat sweet sebab satu bidang walaupun jenis arena yang berbeza. Tapi bagi Dato LCW mungkin lebih serasi kerana pasangannya merupakan bekas perseorangan badminton wanita negara.



- Petikan dari akhbar KOSMO 11 Nov 2012 -

Mabrouk
by Irfan Makki
For Mohd Zakry Abdul Latiff & Wan Nur Syuhada



I Turn To You
by Christina Aguilera
For Dato' Lee Chong Wei & Datin Wong Mew Choo


Tahniah diucapakan kepada kedua-dua pasangan atlet kita atas hari bahagia mereka. Semoga mereka dapat melayari alam rumah tangga masing-masing dengan jayanya. Juga dapat melahirkan junior bagi sukan badminton kelak... Dan kepada kawan-kawan yang akan menjemput ke majlis perkahwinan anda, selamat pengantin baru aku ucapkan terlebih dahulu... PEACE and keep IN LOVE everybody...... Congratz once more.....



Sudah?? Biarkan Sahaja....



Sudah Cukup Sudah
by Nirwana Band


Bismillahhirahmannirahim

Mesti semua suka dengan lagu dari kumpulan NIRWANA BAND ini kan yang bertajuk SUDAH CUKUP SUDAH. Lebih-lebih lagi lagu ini merupakan OST bagi drama slot AKASIA bertajuk JULIA di TV3. Pada mulanya, aku memang tidak berapa minat dengan lagu ini. Tetapi apabila sudah setiap hari mendengarnya, aku makin tertarik dengan lirik lagu ini. Barang yang lepas usah dikenang, tetapi aku bukan ingin mengenang perkara lalu, cuma aku berasa bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Walaupun ianya keputusan aku, tetapi dari keputusan tersebut, aku dapat menilai setiap gerak geri dan sikap sebenar seseorang itu. Hal ini tiada kena mengena dan diharap jangan ada yang terasa apabila membacanya. Cuma bagi aku, jika sudah tiada keserasian dan persefahaman, lebih baik ianya dihentikan daripada menanggung sengsara dan kekesalan seumur hidup selepas itu. Cuma janganlah terlalu ghairah dengan mengikut kehendak hati yang dipenuhi amarah. Takut tersalah membuat percaturan. Apa-apa pun selamat menonton video ini.. 

Alhamdullilah...

Bismmilahhirahmannirahim

ALHAMDULLILAH... itulah kata-kata yang pertama aku ucapkan apabila apa yang aku doakan termakbul juga. Walaupun tidak besar namun ertinya sudah cukup besar bagi aku. Tahun 2012, seperti yang aku telah coret dan luahkan sebelum ini, merupakan satu tahun yang memberikan seribu satu warna dalam kehidupan yang aku lalui. Berbagai ragam, cerita, pengalaman dan peristiwa berlaku dalam tahun 2012 ini. Dan seperti semua ketahui, tanggal 15 November 2012 nanti kita akan menyambut kedatangan awal MUHARRAM.
Semoga menjadi tahun baru yang cemerlang dan terbaik untuk aku.


Aku Bersyukur PADAMU Ya Allah....
Pada minggu sebelum ini pula, merupakan minggu yang gembira bagi aku kerana setelah berperang dengan GIGIHnya untuk mengharungi beberapa keping kertas MAUT, aku telah tahu keputusan yang aku peroleh. Aku sangat-sangat gembira dan terima kasih pada classmate aku yang memang semuanya sangat supportive dan tidak jemu memberikan semangat antara satu sama lain. THANK YOU GUYS.... Diam tak diam tinggal beberapa sem dan tahun sahaja lagi untuk kita semua tamat kan.. Tidak sabar rasanya dan selepas itu akan difikirkan untuk ke tahap yang lebih ke atas. Satu lagi yang paling aku syukuri adalah tentang apa yang aku hidapi telah beransur-ansur pulih. ALHAMDULLILAH sangat-sangat. Ianya memang tanpa disedari. Mungkin rakan-rakan rapat tahu apa yang aku hidapi itu. Tetapi aku tidak boleh terus berasa gembira kerana tidak mustahil ianya akan terjadi semula. Cuma langkah-langkah kesihatan yang sepatutnya perlu diambil berat untuk mengelakkannya berulang. Dan untuk kehidupan aku sekarang, aku bahagia dikelilingi keluarga dan orang-orang di sekeliling aku. Apa yang terlihat di riak wajah tidak akan mencerminkan apa yang tersirat dan terbuku di dalam hati... PEACE....

Thursday, November 8, 2012

Kerja @ Belajar?

Bismmilahhirahmannirrahim

Tajuk atas tu memang akan dirasai oleh sesiapa pun dalam membuat keputusan yang terbaik untuk kehidupan mereka. Tidak dinafikan dalam kita memikir serta mengambil sesuatu keputusan itu akan memberikan kesan kepada seluruh kehidupan kita.




Sekarang merupakan musim peperiksaan yang dikira penting iaitu SPM. Kenapa ianya dikira penting? Kerana dengan bermulanya disini setiap pelajar dapat menentukan bidang dan pengkhususan apakah yang diminati dan boleh merancang bidang yang ingin difokuskan. Walaubagaimanapun, isu yang selalu bermain dan di jadikan tajuk hujahan adalah sama ada ingin bekerja atau meneruskan pelajaran selepas peperiksaan keramat ini. Kedua-duanya amat baik tetapi keputusan untuk bekerja dahulu mungkin agak dikaburi dengan jumlah habuan yang akan diterima. Tetapi ianya tidaklah satu keputusan yang tidak bagus kerana dengan bekerja terlebih dahulu mungkin akan lebih menimba banyak pengalaman. Jadi untuk semua yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan itu teruskanlah usaha demi mencapai impian yang dihajati. Harus diingat juga pengalaman tidak menjamin apa yang dihajati tercapai namun hanya sampingan dengan beralaskan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi seiringan.

Apa Ini?

Bismmilahhirrahmannirahim

Alhamdullilah.. Kenyang sudah.. Eh lari topik pulak.... Sebenarnya memang aku baru lepas makan malam... Ayat sangat skema nya. Haaa cuba semua tengok apa yang dibawah ni....




Ermmm mesti semua tahu kan apa bendakah ini? Sebenarnya kenapa aku update mengenai benda alah ni? Ini kismis. Aku pun sebenarnya tidak tahu kenapa dan apa yang ada dalam benda ni yang buat aku suka sangat-sangat makan benda ni sekarang. Sampai stok dekat rumah pun dah berkotak-kotak. Tapi orang kata kan kalau makan benda ni baik untuk ingatan? Aku rasa bagus jugak sebab kebelakangan ni pun memang aku selalu kelupaan... Hahahaha.. Tapi itulah dia untuk kali ini...