Monday, December 31, 2012

Dua Kosong Satu Tiga...

Bismillahhirrahmannirrahim

Selamat segalanya.. Kurang setengah jam dari sekarang kita akan memasuki ke tahun yang baru. Satu lagi fasa kita tinggalkan dan fasa baru dalam kehidupan akan kita lalui.. Macam mana dengan kehidupan di tahun 2012? Mesti semua pengalaman yang kita peroleh merupakan sesuatu yang tidak kita duga.. Setiap kali datangnya tahun baru setiap dari kita akan memasang dan paling tidak mempunyai keazaman yang baru untuk lebih maju dan menjadi lebih baik... Tapi dalam kegembiraan menyambut kedatangan tahun baru yang akan membuka tirai, jangan kita lupakan kesengsaraan dan ketidakupayaan saudara kita yang berada di bumi yang tidak seaman MALAYSIA... Seterusnya aku nak memohon maaf laa kepada sesiapa yang mungkin telah aku sakiti, terkasar bahasa dan terlanjur kata.. Kadang kala sebagai manusia biasa kesilapan kecil memang akan sentiasa berlaku.. Jadi diharapkan semuanya dapat memaafkan dan memaafi sesama kita.. Tidak semestinya hari raya saja yang boleh minta maaf kan.. Jadi selamat tahun baru buat keluarga aku, guru2ku serta sahabat2ku, KAHARUDDIN, MUSAWWAF, KAK YANA, SHERA, AKIL, AZRUL, LILI, AFIZAL, KAK NURJEHAN, KAK LINDA, ZANA, NADZRUL dan sesiapa yang tersebut disini... HAPPY NEW YEAR dan semoga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat hendaknya... PEACE!!!!! 

Sunday, December 30, 2012

Material @ Doa?

Bismillahhirahmannirahim

Selamat semuanya! Hari ni ada satu isu yang hendak aku tulis. PENTINGKAH MATERIALOSTIK DARI DOA? Haa macam sensitif je kan isu tu..


Gambar sekadar hiasan

Ermmm sebenarnya aku tertarik untuk menulis mengenai perkara ini. Sebab apa? Sebab pada pendapat aku, manusia sekarang ni memang susah nakg cari yang tidak bersikap materialistik. Aku rasa betul kan? Aku sendiri mengaku yang aku 'sedikit' materialistik. Tapi aku bukan ekstrem tau. Berbalik pada topik ni, sebenarnya aku ingin menyatakan bahawa bagi sesetengah dari kita, mendapat kelebihan dari segi barangan dan wang ringgit mungkin lebih bererti dari mendapat iringan doa dari orang sekeliling kan. Tapi bagi aku, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Sebagai contoh ianya melibatkan semua golongan.. Secara dasarnya tetapi mungkin kita tidak perasan pun. Golongan ibu bapa, kawan, dan sesiapa sahaja. Ibu bapa akan memberi lebih perhatian bagi anak yang memberikan kelebihan berbentuk wang ringgit mahu pun barangan berbanding yang hanya mampu mengutus doa. Situasi sama tetap berulang dari segi pergaulan kita. Ada betulnya kan? Tapi bagi pendapat aku, kita sendiri harus faham tujuan kita hidup di dunia ni dan sepatutnya lebih bersyukur dengan apa sahaja nikmat yang kita perolehi. Perkara ini juga tidak ditujukan kepada sesiap  dan ianya adalah bersifat terbuka.. Harus diingat doa yang mengiringi kita lebih bernilai dari segala bentuk. 





Saturday, December 29, 2012

BRP

Bismillahhirahmanirahim


Hola lagi sekali... BRP? Apa bend laa BRP tu? BRP is for Blog Remaja Pujangga... Blog aku ni la kan...


Ok itulah dia background dan line blog aku iaitu 'Satu Penghargaan'... Sebenarnya aku mention pasal BRP ni bukan untk apa.. Blog ni dah terang2 merupakan satu blog yang diambil dari pengalaman aku dan orang sekeliling aku.. Even ianya bernama REMAJA PUJANGGA, bukanlah bermakna setiap masa aku akan post benda2 yang jiwang karat... Ianya lebih kepada setiap isu atau perkara yang berlaku didalam kehidupan... Jadi dah tentu2 lah aku akan terus menulis apa2 yang berkaitan dan dekat dengan kehidupan Sambil tu akan terselit juga lah hasil tulisan aku sendiri yang mana aku dh siapkan untuk bahan bacaan disini.. So, sesiapa yang terasa nak baca tu sila lah... Yang tak minat nak membaca tak payah baca.... Hahahaha peace!

366 Hari

Bismillahhirahmannirahim.....

Alhamdullilah setelah beberapa hari blog ini agak lompong kerana terdapat banyak benda dan kerja yang perlu difikirkan. Tapi walaubagaimanapun, aku tetap akan memberi nafas pada blog ini dan dari masa ke semasa akan terus mempertingkatkan tahap penulisan disamping menaiktaraf blog ini supaya tidak boring. Tapi sebenarnya blog ni memang untuk mereka yang suka membaca... Ok la, seperti yang semua sedia maklum dan mungkin ternanti2 ketibaan tahun baru yang bakal disamvut dalam beberapa hari sahaja lagi.. Sudah semestinya banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku dalam kehidupan kita dalam tahun ini. Pahit, manis semuanya hanya akan menjadi sejarah selepas ini. Apa yang bole disimpulakn adalah kita hanya mampu SANDARKAN PADA KENANGAN. Mustahil bagi kita untuk kembali mengalami peristiwa tersebut semula. Walau apa pun, tahun baru yang bakal kita sambut nanti diharapkan bakal menjadi medan untuk kita mendapat lebih keberkatan dan kejayan... Dan bagi aku sendiri, tahun 2012 ni membawa kenangan yang seiring dalam kehidupan aku... Aku berfikiran positif dan kehidupan diteruskan dan yang pasti kehidupan aku akan terus dipenuhi dengan pengalaman2 baharu... Peace!

Sunday, November 11, 2012

Mastechef Malaysia 2 LAGI??

Bismmilahhirahmannirahim

Sebelum ini aku ada post pasal program Masterchef Malaysia musim ke-2 ni. Sebelum ini aku nyatakan senarai peserta yang aku sokong. Tetapi itu bukan cerita utama nya disini. Mastechef Malaysia ni bagi aku sama macam rancangan realiti lain. Cuma bezanya tiada undian dan apa yang diadili adalah masakan mereka. Cuma apa yang aku pelik disini, apabila ada rancangan realiti, mesti ada peserta yang tidak disukai. Dalam rancangan Masterchef ini pun tidak terkecuali. Ini adalah dari bacaan aku di laman sosial dan dari blog-blog serta portal rasmi Masterchef Malaysia musin ke-2. Rata-rata penonton tidak menyukai dua peserta iaitu Fizuan dan juga Dean.


Calon-Calon Juara Masterchef Malaysia ke-2


Ahmad Nuruddin Bin Md. Rasid ( Dean )


Mohamad Fizuan Syahnaz ( Fizuan )

Haaa inilah antara dua peserta yang penonton nak tengok sangat mereka ini disingkirkan. Apa sebab pun tak tahu lah kan. Penonton berpendapat mereka berdua ni mempunyai mulut yang berbisa. Tapi bagi aku, kalau dikira dari segi bakat memasak, mereka ini memang berbakat dan pandai memasak. Hidangan yang disediakan pun memang nampak menarik. Cuma mungkin dari segi attitude ataupun perangai masih boleh dibaiki. Biasalah nama pun rancangan realiti. Mesti la ada dramanya. Walau apa pun, bagi pandangan aku, kita ni sebagai penonton belum tentu mampu buat apa yang mereka buat kalau kita yang masuk rancangan ini. Sebab untuk menyediakan makanan dan masakan dalam tempoh yang telah ditetapkan memang amat memberi tekanan pada dasarnya. Ditambah pula dengan had limit masa yang diberi untuk memilih bahan-bahan masakan. Jadi bagi aku, aku sebagai penonton meletakkan rasa respect yang tinggi pada mereka semua dan apa yang kita harus nilai adalah masakan yang mereka persembahkan bukan attitude. Buat apa laa nak habiskan idea dan bertegang urat melepaskan tahap kebencian pada peserta yang tidak diminati. Bukannya dapat apa-apa faedah utuk diri sendiri pun kan. Yang penting aku sokong kesemuanya.... Selamat maju jaya kepada semuanya... 



Tahniah, Congratz & Mabrouk

Bismmilahhirahmanirrahim

Bermula semalam, musim cuti persekolahan sudah pun bermula. Tetapi bukan bagi calon-calon peperiksaan SPM. Teruskan berjuang demi mencapai cita-cita. Apabila tiba musim cuti sekolah ni, memang tidak dapat dinafikan lah banyak kenduri kahwin dan jemputan pun banyak tak kira lokasi. Cuma aku sahaja yang tidak tahu bila tarikhnya. HAHAHAHA sempat lagi.. Haa kalau semua baca akhbar hari ini mesti tahu siapa yang bari melangsungkan perkahwinan. Disini aku nak highlight kan 2 orang atlet kebanggaan dalam sukan badminton negara. Tidak lain tidak bukan mesti lah jaguh perseorangan Dato' Lee Chong Wei & jaguh beregu negara Mohd Zakry Abd Latiff. Yang paling menarik mengenai perkahwinan mereka adalah kedua-dua jaguh tersebut mengahwini pasangan yang juga berada di dalam arena sukan. Ermmm sangat sweet sebab satu bidang walaupun jenis arena yang berbeza. Tapi bagi Dato LCW mungkin lebih serasi kerana pasangannya merupakan bekas perseorangan badminton wanita negara.



- Petikan dari akhbar KOSMO 11 Nov 2012 -

Mabrouk
by Irfan Makki
For Mohd Zakry Abdul Latiff & Wan Nur Syuhada



I Turn To You
by Christina Aguilera
For Dato' Lee Chong Wei & Datin Wong Mew Choo


Tahniah diucapakan kepada kedua-dua pasangan atlet kita atas hari bahagia mereka. Semoga mereka dapat melayari alam rumah tangga masing-masing dengan jayanya. Juga dapat melahirkan junior bagi sukan badminton kelak... Dan kepada kawan-kawan yang akan menjemput ke majlis perkahwinan anda, selamat pengantin baru aku ucapkan terlebih dahulu... PEACE and keep IN LOVE everybody...... Congratz once more.....



Sudah?? Biarkan Sahaja....



Sudah Cukup Sudah
by Nirwana Band


Bismillahhirahmannirahim

Mesti semua suka dengan lagu dari kumpulan NIRWANA BAND ini kan yang bertajuk SUDAH CUKUP SUDAH. Lebih-lebih lagi lagu ini merupakan OST bagi drama slot AKASIA bertajuk JULIA di TV3. Pada mulanya, aku memang tidak berapa minat dengan lagu ini. Tetapi apabila sudah setiap hari mendengarnya, aku makin tertarik dengan lirik lagu ini. Barang yang lepas usah dikenang, tetapi aku bukan ingin mengenang perkara lalu, cuma aku berasa bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Walaupun ianya keputusan aku, tetapi dari keputusan tersebut, aku dapat menilai setiap gerak geri dan sikap sebenar seseorang itu. Hal ini tiada kena mengena dan diharap jangan ada yang terasa apabila membacanya. Cuma bagi aku, jika sudah tiada keserasian dan persefahaman, lebih baik ianya dihentikan daripada menanggung sengsara dan kekesalan seumur hidup selepas itu. Cuma janganlah terlalu ghairah dengan mengikut kehendak hati yang dipenuhi amarah. Takut tersalah membuat percaturan. Apa-apa pun selamat menonton video ini.. 

Alhamdullilah...

Bismmilahhirahmannirahim

ALHAMDULLILAH... itulah kata-kata yang pertama aku ucapkan apabila apa yang aku doakan termakbul juga. Walaupun tidak besar namun ertinya sudah cukup besar bagi aku. Tahun 2012, seperti yang aku telah coret dan luahkan sebelum ini, merupakan satu tahun yang memberikan seribu satu warna dalam kehidupan yang aku lalui. Berbagai ragam, cerita, pengalaman dan peristiwa berlaku dalam tahun 2012 ini. Dan seperti semua ketahui, tanggal 15 November 2012 nanti kita akan menyambut kedatangan awal MUHARRAM.
Semoga menjadi tahun baru yang cemerlang dan terbaik untuk aku.


Aku Bersyukur PADAMU Ya Allah....
Pada minggu sebelum ini pula, merupakan minggu yang gembira bagi aku kerana setelah berperang dengan GIGIHnya untuk mengharungi beberapa keping kertas MAUT, aku telah tahu keputusan yang aku peroleh. Aku sangat-sangat gembira dan terima kasih pada classmate aku yang memang semuanya sangat supportive dan tidak jemu memberikan semangat antara satu sama lain. THANK YOU GUYS.... Diam tak diam tinggal beberapa sem dan tahun sahaja lagi untuk kita semua tamat kan.. Tidak sabar rasanya dan selepas itu akan difikirkan untuk ke tahap yang lebih ke atas. Satu lagi yang paling aku syukuri adalah tentang apa yang aku hidapi telah beransur-ansur pulih. ALHAMDULLILAH sangat-sangat. Ianya memang tanpa disedari. Mungkin rakan-rakan rapat tahu apa yang aku hidapi itu. Tetapi aku tidak boleh terus berasa gembira kerana tidak mustahil ianya akan terjadi semula. Cuma langkah-langkah kesihatan yang sepatutnya perlu diambil berat untuk mengelakkannya berulang. Dan untuk kehidupan aku sekarang, aku bahagia dikelilingi keluarga dan orang-orang di sekeliling aku. Apa yang terlihat di riak wajah tidak akan mencerminkan apa yang tersirat dan terbuku di dalam hati... PEACE....

Thursday, November 8, 2012

Kerja @ Belajar?

Bismmilahhirahmannirrahim

Tajuk atas tu memang akan dirasai oleh sesiapa pun dalam membuat keputusan yang terbaik untuk kehidupan mereka. Tidak dinafikan dalam kita memikir serta mengambil sesuatu keputusan itu akan memberikan kesan kepada seluruh kehidupan kita.




Sekarang merupakan musim peperiksaan yang dikira penting iaitu SPM. Kenapa ianya dikira penting? Kerana dengan bermulanya disini setiap pelajar dapat menentukan bidang dan pengkhususan apakah yang diminati dan boleh merancang bidang yang ingin difokuskan. Walaubagaimanapun, isu yang selalu bermain dan di jadikan tajuk hujahan adalah sama ada ingin bekerja atau meneruskan pelajaran selepas peperiksaan keramat ini. Kedua-duanya amat baik tetapi keputusan untuk bekerja dahulu mungkin agak dikaburi dengan jumlah habuan yang akan diterima. Tetapi ianya tidaklah satu keputusan yang tidak bagus kerana dengan bekerja terlebih dahulu mungkin akan lebih menimba banyak pengalaman. Jadi untuk semua yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan itu teruskanlah usaha demi mencapai impian yang dihajati. Harus diingat juga pengalaman tidak menjamin apa yang dihajati tercapai namun hanya sampingan dengan beralaskan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi seiringan.

Apa Ini?

Bismmilahhirrahmannirahim

Alhamdullilah.. Kenyang sudah.. Eh lari topik pulak.... Sebenarnya memang aku baru lepas makan malam... Ayat sangat skema nya. Haaa cuba semua tengok apa yang dibawah ni....




Ermmm mesti semua tahu kan apa bendakah ini? Sebenarnya kenapa aku update mengenai benda alah ni? Ini kismis. Aku pun sebenarnya tidak tahu kenapa dan apa yang ada dalam benda ni yang buat aku suka sangat-sangat makan benda ni sekarang. Sampai stok dekat rumah pun dah berkotak-kotak. Tapi orang kata kan kalau makan benda ni baik untuk ingatan? Aku rasa bagus jugak sebab kebelakangan ni pun memang aku selalu kelupaan... Hahahaha.. Tapi itulah dia untuk kali ini... 

Sunday, October 28, 2012

Cemburu Buta

Bismillahhirrahmannirahim

Aku rasa setiap pasangan sama ada suami isteri atau pasangan kekasih mesti mempunyai perasaan cemburu. Cemburu memang merupakan satu fitrah dalam kehidupan. Pepatah juga menyebut cemburu tanda sayang. Mungkin aku tidak sesuai dalam merungkai tajuk ini sekarang kerana aku tidak mempunyai sesiapa. Tapi realitinya aku pernah mempunyai perasaan itu terhadap seseorang yang aku sayang. Aku tertarik dalam memberikan ulasan dalam hal ini selepas menyaksikan rancangan Selami Jiwa - Fadzilah Kamsah. Dalam tajuk cemburu buta, tetamu jemputannya adlah Ustaz Hazlin dan pelakon Diana Danielle. Dan pandangan serta jawapan dari kedua-dua panel memang menarik perhatian dan memberikan seribu satu makna dan menambah serba sedikit ilmu bagi diri aku.


- Sekadar gambar hiasan -

Bagi aku, aku suka dengan jawapan serta pandangan mereka kerana seperti Diana, walaupun dalam usia yang masih muda, dia dapat memberikan pandangan seperti orang yang sudah banyak pengalaman. Dan bagi pandangan aku, sifat cemburu memang perlu tetapi ianya perlulah dapat dikawal kerana bermula dari cemburu, peluru kegeraman akan sampai ke kemuncak dan memberikan kesan yang buruk pada diri sendiri. Dan fakta yang dikeluarkan oleh Ustaz Hazlin juga membuat aku berfikir apakah motif golongan muda dalam ikatan perkahwinan jika tewas terlalu awal dengan dugaan dan rintangan disebabkan oleh cemburu. Menurut ustaz tersebut, usia perkahwinan pasangan muda hanya mampu bertahan disulami kasih sayang selama 20 bulan pertama fasa tersebut. Selepas itu akan timbul pelbagai isu dalam ikatan yang dibina tersebut. Agak pelik kerana sekiranya sepasangan telah mengharungi hidup bersama, hubungan yang diikat seharusnya menjadi lebih intim dan rapat. Tetapi itulah dia jika perasaan cemburu berjaya menduduki carta ditambah pula dengan godaan si syaitan. 




Saturday, October 27, 2012

Kuala Ku Lumpur....

Bismmillahhirrahmannirahim

Kuala Lumpur senyumanmu di malam ini..... Haaa tiba-tiba pulak buat tajuk mengenai Kuala Lumpur kan. Bukannya ada apa pun. Cuma aku dah lama tidak lepak atau pun lebih ideal disebut hangout ke Kuala Lumpur. Bukanlah nak kira jauh sangat Seremban untuk sampai ke Kuala Lumpur ni. Dalam satu jam pun dah boleh sampai. Cuma aku rasa dah tiada apa kalau aku sengaja nak datang ke Kuala Lumpur ni. Kawan-kawan pun semuanya sudah balik ke negeri dan tempat asal masing-masing. Kali ini pun aku datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar abang aku yang hendak ke Perak menaiki bas di Perhentian Duta. Tapi sekali-sekala datang boleh la dikira keseronokannya dengan suasana malam yang dingin.



Inilah suasana malam yang dingin sedang aku nikmati. Baik juga kerana dalam bulan Oktober dan mungkin tahun 2012 ini merupakan tahun dan bulan yang amat memberikan seribu warna dalam hidup aku. Dan aku perlukan ketenangan walaupun seketika dalam usaha untuk melupakan segalanya.

Saturday, October 20, 2012

Kuda a.k.a Horse

Bismmillahirrahmannirahim

Tajuk entri pun dah macam pelik ye? Ok lah bukan ada apa pun. Cuma nak kongsi pengalaman aku yang pertama kali naik kuda. Kalau tidak kerana aku mengikuti program anjuran Jabatan aku, memang entah bila lah aku akan merasa pengalaman naik kuda. Walaupun aku cuba hanya untuk beberapa minit, tapi pengalaman itu memang best tak terkata. Mula-mula aku tidak berapa berani untuk cuba kerana takut terjatuh. Tetapi bila melihat rakan-rakan mencuba, aku pun memberanikan diri. Akan tetapi perasaan bimbang memang tidak dapat dijelaskan lah kerana kuda tersebut berjalan tidak sekata. Goyangan semasa kuda tersebut berjalan pun sudah boleh membuatkan kita terjatuh. Jadi aku memang meletakkan setinggi penghormatan lah kepada semua penunggang kuda yang profesional. Lagi penting jika penunggang tersebut menunggang sambil bermain polo...



Satu nasihat yang telah diberi semasa aku menaiki kuda tersebut adalah jika kita menunggangnya posisi kita hendaklah berada dalam keadaan tegak. Ia juga adalah supaya tidak memberi kesan pada tulang belakang. Insyaallah kalau ada peluang lain aku akan mencuba menunggangnya lagi. Dalam hidup kena harus mencuba betul tak??? .. =)

Friday, October 19, 2012

Salah Tindakan Membawa Masalah

Bismmilahhirrahmannirahim

Selamat sejahtera kepada semua...

Baiklah untuk entri kali ni aku nak menarik perhatian mengenai isu penderaan bayi. Mesti semua ada membaca akhbar tentang kes seorang bayi yang mati kerana didera. Bagi aku mereka yang sanggup melakukan perkara sedemikian amat-amatlah tidak berperikemanusiaan. Aku tidak mempunyai cahaya mata lagi kerana aku masih belum berkahwin namun aku mempunyai 2 orang anak buah. Aku amat menyayangi keduanya sama macam anak aku sendiri..


Manusia zaman sekarang memang sudah tidak berfikir dalam melakukan sesuatu tindakan. Apa yang boleh disimpulkan mereka seperti tiada pedoman dan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan patut dikenakan terhadap mereka. Semoga roh anak kecil tersebut dicucuri rahmat dan semoga syurga abadi menantinya.

Thursday, October 18, 2012

TeamworkT

Bismmillahhirrahmannirahim

Apa yang penting? KERJASAMA.... Kita memang selalu mendengar tentang semangat kerjasama yang perlu diamalkan sesama rakan sama ada belajar, bekerja dan sebagainya. Apa perlunya kita bekerjasama? Apabila kita membuat sesuatu secara berkumpulan, perkara tersebut akan menjanjikan hasil yang terbaik kerana idea yang datang dari ramai pihak. Tetapi secara berterus terangnya bagi diri aku sendiri lebih menjurus kepada melakukan setiap sesuatu itu secara solo. Namun dalam sesetengah tugasan yang memerlukan pandangan dan idea, aku tidak menafikan kepentingan berpasukan itu...



Dan bagi aku walaupun kita sedar apabila melakukan sesuatu perkara secara berpasukan akan mendatangkan natijah, kita tidak boleh terlalu mengambil pusing mengenai perkara tersebut.. Jadi kerjasama perlu dilakukan demi mendapatkan hasil terbaik namun dalam kata lain tidak perlu mendatangkan kesusahan pada pihak lain...


Kemajuan Rekabentuk

Bismillahhirahmannirahmim

Ok lah, dalam aku memerhatikan perkembangan pesat negara yang aku cintai iaitu MALAYSIA, aku berminat untuk bercakap mengenai struktur rekabentuk bangunan disini. Secara kebetulan aku berada di Putrajaya, aku sempat mengambil gambar-gambar tersebut.



Dari contoh dua bangunan tersebut dapat dilihat tahap kemodenan yang bakal kita tempuhi menjelang tahun 2020 nanti. Tidak dinafikan dalam proses mencapai sasaran tersebut pelbagai perubahan bakal berlaku. Berbalik kepada struktur binaan tadi, jika dilihat dari rekabentuknya memang amat menarik dan unik. Terasa juga kerugian kerana tidak menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang SENI BINA dahulu. Jika tidak tentu aku sudah berjaya sekarang.. MUNGKIN?. Rekabentuknya memang menepati ciri-ciri kemodenan tetapi aku masih sangsi dengan tahap keselamatan sekiranya kita berada di dalam bangunan tersebut. Ini hanyalah pandangan aku sahaja kerana keselamatan kita menjadi tanggungjawab diri sendiri betul tak? Cuma aku tahu sebelum proses pembinaan dilaksanakan setiap inci tahap keselamatan telah diambil maklum. Cadangan aku, kalau boleh mungkin rekabentuk seperti ini dapat diluaskan ke seluruh negara dan bukan terhad di kawasan pentadbiran kerajaan sahaja. Ia akan melambangkan kemajuan secara keseluruhan negara. Dan yang paling penting aku amat berbangga kerana MALAYSIA juga mampu untuk merealisasikan struktur yang serupa dengan negara lain seperti Singapura, China & Jepun. 

Hipotesis

Salam dan selamat pagi semuanya.
Bismillahhirrahmannirahim

Alhamdullilah hari ini aku diberi kesempatan dan nafas lagi untuk aku menjalani kehidupan yang telah ditentukan olehNYA. Kebelakangan dan beberapa hari ini aku sering menceritakan tentang perasaan kerana sesuatu yang tidak dirancang telah berlaku dalam perhubungan aku. Bak kata pepatah 'kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari'... Tidak mengapalah kerana mungkin tersirat dan tersurat sesuatu disebaliknya. Tetapi hati yang kecewa mungkin mengambil masa untuk sembuh. Walaubagaimanapun hidup kena berfikiran positif. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Baiklah apa-apa pun ruangan ini akan cuba dikemaskinikan dari masa ke semasa mengenai pelbagai isu yang akan aku sentuh.. Sebab motif utama ruangan ini juga adalah tentang pandangan dan pengalaman aku dan juga yang berada di sekeliling. Insyaallah aku akan menyiarkan buah tangan terbaru ilham aku sendiri disini sekiranya idea datang mencurah-curah. Sehingga itu nantikan....

Wednesday, October 17, 2012

Ketentuan...

Salam semua....

Hari ini first day secara rasmi aku kembali solo. Agak sukar sebenarnya memikirkan keputusan yang telah pun aku lakukan mengenai hidup aku... Aku faham dan mengerti amarah yang melanda dirinya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Tapi aku harus menerima balasan tersebut dengan hati yang terbuka. Sesuatu yang aku pelajari, setiap keputusan yang terbaik bagi kita mungkin tidak bagi pandangan orang lain. Kerana walau apa pun diri sendiri juga yang faham dan menanggung segalanya. Sukar untuk membuat orang lain faham dengan situasi kita. Aku juga mengaku dengan kekhilafan yang tidak disengajakan tanpa aku sedari aku telah melakukannya. Apa-apa pun akan aku teruskan perjuangan hidup aku dan semoga segalanya dipermudahkan bagi aku selepas ini. Aku tetap mendoakan yang terbaik bagi perjalanan hidup kami masing-masing. Untuk kesekian kalinya aku harap JANGAN ADA BENCI dihati masing-masing...

Tuesday, October 16, 2012

Kebahagian Dalam Perpisahan

Salam semua.

'Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, bunga yang layu pada musim luruh, yang dulunya mekar disiram suria, bila sudah kering pasti akan gugur'......Bait lirik yang amat menyentuh hati aku saat ini. Hari ini merupakan hari yang agak sedih bagi aku. Hubungan yang bakal genap setahun pada bulan hadapan tidak mampu dipertahankan lagi. Ya hubungan aku gagal lagi. Kali ini situasinya berbeza kerana keputusan tersebut diambil oleh aku sendiri. Walaupun pada dasarnya aku berasa amat sedih, namun bagi 'dia' mungkin keputusan yang aku lakukan hanya mementingkan diri sendiri. 'Kau' pernah singgah dan membuatkan hidup aku bercahaya, tidak mungkin aku sewenang2nya untuk melepaskan 'kau'. Tapi aku harus mengambil keputusan tersebut walaupun ianya pahit untuk ditelan. Aku tidak akan menyalahkan 'kau' sekiranya perasaan benci semakin menebal kerana keputusan itu. Aku terima dan berharap 'kau' puas melemparkan kata2 ketidakpuasan hati terhadap aku. Tidak mengapalah. aku anggap apa yang berlaku sebagai satu lagi coretan kisah pengalaman hidup aku diatas muka bumi ini. KetentuanMU tidak akan sesekali aku pertikaikan. Kiranya tersurat jodohku nanti pasti ia akan datang juga kepada aku. Hidup harus diteruskan........

Monday, October 15, 2012

Rezeki, Nyawa & Sivik

Apa yang boleh diklasifikasikan dari tiga perkataan tu? Hari ni ada satu berita dalam surat khabar yang memaklumkan berkaitan kes kecurian kabel dan apa2 yang berkaitan besi. Manusia sekarang memang berusaha untuk mencari rezeki dengan alasan untuk menampung keluarga. Tapi berbaloikah memberikan rezeki itu dari sumber yang tidak halal dengan mencuri kabel atau kemudahan awam yang mempunyai penggunaan besi untuk dijual? Sudahlah sanggup mencuri demi keuntungan sendiri sanggup pula menggadaikan nyawa sendiri untuk mencuri kabel elektrik. Tapi itulah resam manusia sekarang dalam mencari rezeki segala yang haram diletakkan jauh ke tepi. Yang penting mereka dapat mencari duit demi sesuap nasi tanpa memikirkan kesusahan masyarakat lain. Kesedaran sivik yang amat nipis ini juga menjadi satu sebab dan halangan dalam membentuk sebuah negara maju kerana kerajaan akan terus mengeluarkan belanja yang besar kerana membaikpulih kemudahan awam yang telah diranapkan oleh mereka ini. Pucuk pangkalnya secara waras, jika berfikir menggunakan akal yang diberikan TUHAN, banyak lagi peluang lain yang boleh dilakulan untuk mendapatkan rezeki. Dunia pinjaman ini sangat luas. Rezeki tidak salah untuk dicari tapi jangan sanggup meletakkan nyawa ditingkat yang paling bawah ditambah kesedaran sivik yang begitu rendah kerana menyusahkan komuniti. Peace NO War o_O

Bekas Pendidik Aku

Salam hey waley2....

Bekas pendidik? Apa la motif aku malam2 ni kan? Bukannya apa. Actually aku memang amat2 merindui semua bekas2 pendidik aku tidak kira sama ada semasa aku berada di bangku sekolah rendah mahupun semasa di sekolah menengah. Bagi aku cikgu2 aku dulu adalah antara sebahagian daripada sejarah manis dan pahit yang telah tercoret dalam diari kehidupan aku. Tidak dinafikan ada diantara mereka yang agak menggerunkan dan mungkin manusia yang paling aku benci pada SUATU KETIKA. Tapi bila dikenang semula, apa yang mereka lakukan hanyalah semata2 untuk mencurah dan memberikan ilmu buat aku. Dan satu fakta yang pasti, semasa sekolah aku tidak pernah bersifat tidak sopan dengan pendidik2 aku. Tapi sekarang masa sudah berubah. Pendidik seperti tidak mempunyai kuasa lagi untuk membantu dan membentuk jati diri anak murid kerana mereka berasa diri lebih 'berilmu'. Hari ini aku gembira sebab walaupun sekadar berhubung melalui WHASSUP MESSENGER, salah seorang guru yang masih tidak terputus hubungan tetap setia melayan aku seperti dahulu. Aku memang amat menghormati beliau sebagai guru aku dulu. Dan bagi aku beliau memang seorang yang baik kerana sentiasa mendoakan kejayaan aku. TERIMA KASIH pada CIKGU SAADIAH kerana sentiasa memberi kata semangat buat aku. Dan jika berkesempatan aku akan menjejaki lagi bekas2 pendidik aku untuk mengucapkan terima kasih. Sebagai tanda hormat aku pada mereka aku doakan semoga CIKGU SAADIAH, CIKGU SAMSIAH, CIKGU SUHAIDA, CIKGU KAMALUL, CIKGU SAIFUL, CIKGU AHMAD FUAD, CIKGU HASBULLAH, CIKGU HASLIDA, CIKGU SAMSUDDIN, CIKGU AZMAN & yang pernah mengajar aku agar diberikan kesihatan yang baik, ditempatkan bersama orang2 beriman kelak dan bahagia bersama keluarga. Till we will meet again ONE DAY... =)

Hidup aku & nombor


Permulaan hari Isnin yang agak memeningkan kepala


Pagi2 yang hening dah mengadap NOMBOR

Salam dan selamat pagi pada semua. Hari ni hari Isnin. Ramai yang mempunyai anggapan bila hari isnin, MALASNYA nak buat dan datang kerja. Kira isnin memang MONDAY FEVER bagi kebanyakan kita. Termasuklah aku dulu. Tapi sekarang isnin ni aku anggap hari yang best laa. Sebab apa? Isnin ni laa permulaan hari dan bermakna permulaan rezeki. Itulah antara ceramah atau nasihat baru yang aku dengar. Bila kita asyik fikir isnin ni hari malas, memang ya jugak kita sentiasa akan terus malas nak melakukan semua hal. Berbalik pada benda2 diatas ni, ni lah dia. Lepas 3 hari je xdatang kerja minggu lepas sebab ambil exam, pagi ni terpaksa menjadi 'pegawai kewangan' dikala otak aku masih beku di pagi hari. Ni lah realitinya. Bidang kewangan ni pun bukan bidang aku sebenarnya. Tapi laporan bahagian aku perlu jugak dikemskini setiap minggu. Nak tak nak, kenalah harung. SYMP katanya......

Sunday, October 14, 2012

Masterchef Malaysia Season 2



Masterchef Malaysia. Tidak dinafikan ini adalah salah satu rancangan realti yang diminati sekarang. Bukan apa, aku pun minat menonton masterchef ni sebab terdapat macam2 ragam dan perangai. Aku pun dapat juga mengetahui menu2 baru. Dalam masterchef kali ni, peserta yang paling lantang dan sempoi mungkin CHE LAH rasanya kot.. Tapi dia dikira macam AA dalam masterchef selebriti kot.. Pape pun bila dah menonton rancangan realiti mesti ada peserta yang disokong betul tak? Dan bagi aku, pilihan aku buat masa ni adalah IZYAN, NORA, DEAN, ISMAIL & AMMAR. Tapi dalam episod penyingkiran, ada satu kejutan dimana salah seorang peserta telah 'ditangkap' membuat satu penipuan iaitu HAFIZ... Ermm macam2 hal semata2 nak menang. Walau apapun dalam bertanding janganlah mempunyai sifat macam tu kan.. Kena jujur barulah kemenangan kita tu berbaloi. Kalau menang laa. Nasib baik tidak di singkirkan....... :-)

Apa benda ni?

Belief in GOD Loyalty to king and country Honor of constitution Sovereignty the law Courtesy and politeness Apa benda la tu semua kan? Tapi bile di translate balik jadi lah macam ni.. Kepercayaan kepada TUHAN Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang2 Kesopanan dan kesusilaan Haaaa itulah dia sebenarnya... 5 prinsip rukun negara sebenarnya? Kenapa aku highlight rukun negara pulak? Takan tebal sangat semangat patriotik dalam diri ni kan? Sebenarnya tulah antara satu soalan dalam exam paper aku baru2 ni... Beberapa hari yang lepas je.. Selama ni memang tak ambil tahu pun rukun negara dalam bahasa inggeris. Tapi tulah bila aku belajar subjek tu berkembang jugak pengetahuan aku walaupun tidak banyak. Tapi subjek ni agak MENARIK!!!! Hopefully aku dapat result yang baik nanti... :-)

Rela VS Keterpaksaan

Halooo2...

Rela? bukan tajuk lagu tu ataupun badan beruniform tu ye..... Ni rela yang bermaksud suka.. Terpaksa? Memang ada terasa terpaksa untuk melakukannya tapi apakan daya kan.. Sudah tertulis rezekinya aku kat situ... Apa yang aku maksudkan dengan rela dan terpaksa ni? Sebenarnya pasal profesion aku sekarang.. Aku berkhidmat di sebuat kementerian dan jabatan kerajaan. Memang aku yang mohon pekerjaan tersebut. Tapi ia adalah kerana memenuhi permintaan ibubapa aku.. Dan akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan.. Tapi realtinya aku tidak berapa nak boleh memasukkan diri aku dalam dunia kerajaan ni pada AWALNYA. Lagi2 gred yang aku dapat tu pun bukanlah pilihan pertama. Tapi itulah rezekiNYA dan aku pun jalanilah kehidupan aku sampai sekarang. Diam tak diam aku dah pun berkhidmat selama 6 tahun sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan ke? Tapi bila aku dah tahu hala tuju dalam kerajaan ni, aku ambil keputusan untuk mencapai sasaran tu.. Semua manusia ada sasaran dan motif dalam hidup kan? Namun sasaran tersebut dapat dicapai atau pun tidak hanya masa dan waktu yang boleh memutuskannya. Tapi kalau mengikut apa yang aku suka, aku memang amat berminat dengan dunia hiburan. Bukanlah berhibur sangat cuma aku amat minat mendengar lagu, dan kalau membaca pun mesti yang pasal hiburan. Dan walaupun aku tidak pandai bermain instrumen, aku suka mencipta dan menulis lirik2 yang berkaitan kehidupan. Tapi mungkin banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi dan diperbaiki sebelum boleh aku kongsikan bersama. Dan dari perbezaan kedua2 bidang tu, mesti faham dengan situasi aku.. Tapi tak apa la, asalkan hidup aku gembira dan dapat rezeki halal dah kira ok la kan. Namun mungkin apa yang aku minat sebenarnya akan menjadi satu hobi yang boleh mendatangkan keuntungan pada aku satu hari nanti kan? InsyaAllah...

Keserabutan Bertimpa

Haloooo

Whats up? ermmm pe cerita lagi ni kan? Serabut? Apa yang serabutnya ni? Haaaa apa lagi hidup aku la yang berserabut.. Pada pandangan orang, hidup aku memang macam tiada benda yang hendak diserabutkan sangat.... Tapi realitinya aku yang menjalani kehidupan sebagai diri aku dan aku rasakan ianya memang agak kelam kabut.. Kenapa aku kata sebegitu? Sebab aku baru berusia 20an dan bermacam2 benda yang hendak diambil tahu.. Kadang2 aku rasa aku tidak sepatutnya terbeban dengan keadaan semasa aku sekarang. Tapi demi masa depan aku mesti laluinya juga. Dan pengalaman yang aku peroleh sekarang mungkin akan berguna pada masa depan.. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang... Peace again....

Kehilangan

Salam semua

orite apa khabar semua yang membaca ( kalau ada yang membaca ), lama sungguh aku tidak mengupdate blog ini. Actually memang aku agak terbatas untuk senantiasa mengemaskinikan status disini... Namun aku bukanlah memberikan alasan yang tidak munasabah kerana kurang aktif kebelakangan ini... Ada masa aku tetap akan menulis disini. Ok laa panjang nya mukadimah aku ni. Sebenarnya apa kaitan KEHILANGAN tu? Dalam tahun 2012, aku rasa macam2 benda yang telah berlaku dalam hidup aku. Dalam keterujaan aku untuk bekerjasama dengan kawan rapat aku, malangnya kesempatan tu tidak bertahan lama.. Ramai yang dapat balik ke tempat yang dimohon dan tinggallah aku masih setia disini. walau apa pun perjuangan dan hidup perlu diteruskan.. Aku dokan yang terbaik sahaja untuk semua kawan2ku.. Selepas tu aku diuji pula dengan sesuatu yang tidak disangka. Pada dasarnya satu nikmat aku telah pun ditarik kerana 'perkara' tersebut. Namun setelah difikirkan semula, mungkin perkara yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya nanti... Apakah ia? BIARLAH RAHSIA.... Oklah itu sahaja untuk sekarang... Lepas ni more story... Peace allz...

Tuesday, May 29, 2012

Ketenangan JIWA...

Salam semua...

Hari ini 29hb Mei 2012, setelah beberapa bulan since last aku update blog nie... Hari ini aku punya perasaan just tenang dan rasa kosong. Alhamdullilah aku rasa dh sampai masa untuk lebih mengenali siapa diri aku yang sebenar.. Dan sesiapa yang membaca blog aku ni, aku nak isytihar kan bahawasanya aku telah 'deactivated'kan  account sosial aku secara rasminya bermula sekarang... PUNCA?? benda2 itu semua aku rasa membuat aku leka dan tidak peka dengan apa yang aku nak lakukan. sekarang aku prefer untuk lebih menghayati apa yang 'sepatutnya' aku hayati.... Ilahi, Ya Rabbi SUBHANALLAH..... Tapi aku mengharapkan supaya ianya tidak terjadi hanya separuh jalan kerana aku sedang berusaha dan mencuba untuk menjadi yang terbaik dan insan yang diredhai... YA ALLAH permudah & kuatkan lah hatiku... =) Dan kepada semua kawan2, cara untuk menghubungi saya hanya berdasarkan email & phone sahaja ya...... Dan dalam kebanyakan untuk membuat perubahan ke jalan yang lebih baik, mungkin akan lebih banyak rintangan & dugaan yang bakal aku hadapi... BTW, aku nak ucap t.kasih pada setiap orang sekeliling yang xputus2 untuk menasihatkan aku dan menegur apa yang aku lalaikan selama ini... 

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.


Sunday, February 5, 2012

Novel & Penulisan...



Hello everybody... erm hari nie 5 Februari 2012 dah... sekejap sungguh rasanya masa berlalu.. aku pun mencuri-curi masa yang ada untuk update blog aku nie.. so, tajuk aku 'NOVEL & PENULISAN'... aku tau semua remaja mesti minat membaca novel yang berkaitan dengan cinta ni kan.. novel paling hangat dh tentu lah OMBAK RINDU yang tahun lepas telah pun difilemkan. Besar betul impak novel tu.. tapi aku bukan nak cite psal novel tu. apa yang aku nak cite, dalam aku membaca beberapa buah novel yang menarik, aku juga terfikir untuk menerbitkan satu novel tulisan aku sendiri.. ( ceh, ayat menerbitkan xtahan ). Aku memang minat dalam bidang penulisan nie tapi masa untuk aku betul2 fokus agak terhad. macam2 benda lain lagi nak kene buat dan kene fikir. Tapi untuk pengetahuan, aku dah ada pun 3 cerita yang berlainan untuk direalisasikan menjadi sebuah buku. Semua cerita tu aku kutip atau ambil dari kisah yang berlaku dalam kehidupan aku mahupun yang telah melanda kehidupan kawan2 aku. Yang pertama tajuknya ' EPILOG 3 CINTA'.. tapi aku rasa tak tau bila lah cerita nie dapat aku siapkan. yang dua lagi tidak bertajuk lagi tap telah pun ada sinopsisnya. Harapan aku satu jer, even lambat pun aku dapat produce benda yang aku minat nie, hopefully one day cita2 aku tu tercapai jugak la.. at least.... Tapi itu hanya harapan aku sebab masa depan tak siapa yang tahu kan.