Saturday, May 18, 2013

Terlangkau Kesabaranku....

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdulillah hari ini telah berlangsung majlis di pihak lelaki iaitu kawan aku tu di Muar, Johor. Malangnya aku tak dapat hadir walaupun pada awalnya aku sudah pun merancang untuk membawa keluarga aku ke sana. Tak apa tak ada rezeki kot. Apa2 pun aku dah pun hadir dan seboleh2 memberi yang terbaik di majlis pihak perempuan minggu lepas. Ok laa lupakan pasal majlis itu sebab apa yang aku nak ceritakan ni aku rasa benda yang memang tak masuk di logik akal. Hari ni aku dengan seorang lagi rakan pejabat mendapat arahan untuk menghadiri satu bengkel. Bengkel tersebut dibuat di Port Dickson. Port Dickson masih lagi dalam kawasan jajahan Nogori kan. Aku pun pergi laa dengan sambil lewa nya. Sampai kat PD, masing2 dah mengelupur nak cari tempat bengkel tu. Dekat surat tulis tempat PPL... Sampai ke petang dok berpusing satu PD pun memang takkan jumpa kot. ISUNYA sekarang yang membuat kan kami bengang sebab dibengongkan adalah pihak penganjur kata dah bagi tahu dekat pejabat kitorang nama tempat yang betul.. Sah2 laa memang tak dapat information tu!!! Kot yee pun nak menyusahkan orang, serupa tak payah bagi surat langsung... Geram betul haku! Moral ov the story, bile salah jangan nak tuding2 jari kat orang lain pulak, aku tak kiralah sapa yang patut disalahkan. Masalahnya hidup kitorang yang susah... Nak 'makan' punya pasal menyusahkan orang je.... Lu Pikirlahhh Sendiri!!!

Sunday, May 12, 2013

Ibu, Emak, Bonda, Umi

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdulillah dapat aku menulis lagi hari ini... Ada benda nak tulis, tulis lah kan. Lepas ni mungkin aku dah mula sibuk semula dengan rutin biasa sebab dah nak masuk semester baru. Jadi, hari ini hari apa? Hari Ahad lerrr hari apa lagi kaaannn.. Haha saja je bikin panas sikit. Sebenarnya aku pun tak tahu yang tarikh hari ibu tu hari ini. Sebab aku memang tak ingat pun tarikh2 yang orang kata penting ni. Tapi, jangan latah dulu, ilek, sebenarnya bagi aku tarikh sebenar nak ingat kat orang2 penting ni bukan satu hari je. Hari2 adalah hari penting buat ibu, ayah dan sesiapa yang penting bagi aku. Ini bila hari ibu sebagai contoh, barulah nak sambut bagai. Habis hari2 lain rasanya ibu mereka tu tak penting la kan.  Ini hanya pendapat personal aku, kalau tak suka, aku kisah apa kan. Lepas tu, tarikh keramat hari ini juga merupakan hari kesedihan bagi sepupu aku kerana ibu kesayangannya telah pergi menyambut seruan Ilahi. Ibu dia merupakan makngah aku. Al-Fatihah untuk arwah makngah aku dan semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Jadi biat semua, pesanan ini aku rasa memang sudah sebati dan biasa kita dengar iaitu sayangilah mereka sementara masih ada, bila sudah tiada, nikmat kita ibarat sudah ditarik oleh Allah. Until then, jumpa lagi dalam next post.

Saturday, May 11, 2013

Bulan 5, 2nd Wedding Ceremony

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdulillah, aku masih bernyawa. Terima kasih Ya Allah. Hari ini sabtu dan merupakan hari penting buat kawan aku yang bru bernikah semalam. Haaa hari ini adalah majlis resepsi bagi belah perempuan. Aku? Ape lagi laa kan. Jadi pak kepit hahaha... Bukan kepit yang itu, maksud aku pengapit. First time in my life nak kena jadi pengapit, tak penah umur aku dok berdiri sebelah pengantin dan melayan raja sehari. Selalu pun aku pergi kenduri sebagai tetamu aje. Haa aku sajikan dulu beberapa gambar selepas nikah dan malam berinai malam tadi yang sempat di snap snop yo. Satu yang aku tertarik dalam majlis kawan aku yang sorang ni, semuanya nampak tenang dan smooth walaupun ada beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku masa perjalanan dia ke rumah pengantin perempuan. Tapi segalanya dah pun selamat dan harapannya semoga dia dan isteri bahagia hingga akhir hayat...

 



Friday, May 10, 2013

Pendakwah... Fenomena Masa Kini

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t. Petang sudah hari ini. Alhamdulillah cuaca pun baik hari ini. Jadi, aku pun ikut keadaan cuaca la untuk sentiasa menaip. Baiklah, benda ni dah banyak kali aku ingatkan, this blog is all about the things that happen around me.Dan, tidak semestinya aku akan post mengenai perkara2 jiwang sentiasa walaupun aku suka bermadah pujangga. Ok, petang ni aku nak komen pasal kehadiran beberapa pendakwah yang aku rasa kebelakangan ini berjaya mencetuskan fenomena. Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Kazim Elias (Sekadar menyebut beberapa nama). Realitinya, pada dasarnya, kehadiran2 mereka telah sedikit sebanyak membuka hati aku untuk sama2 mendengar apa yang disampaikan. Selain itu, dapat juga menambahkan ilmu bagi diri kita. Betul kan apa aku cakap ni. Jadi, blog aku ni agak general sebenarnya. Jadi, aku teruskan ye. Kenapa mereka2 itu berjaya mendapat tempat di hati kita?? Bagi aku senang kot, cara penyampaian mereka yang menarik diselitkan dengan kesesuaian masa kini dan secara tidak langsung berjaya menambat hati kita untuk terus mendengar.


Ustaz Haslin Baharin


Ustaz Don Daniyal


Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Kazim Elias



Ustaz Fathul Bari


Imam Muda Asyraf

Haaaa untuk pengetahuan, ustaz2 diatas boleh dikatakan ikon dakwah masa kini. Bagi aku, perkara tersebut merupakan satu permulaan yang baik kerana remaja2 zaman sekarang memang mendambakan cara penyampaian seperti ini untuk terus datang dan menuntut ilmu. Dan bagi aku, walaupun sesetengah dari mereka merupakan wakil dari sesebuat parti, kita tidak seharusnya menilai mereka berdasarkan perkara tersebut. Fahaman mereka itu hak masing2. Yang diuatamakan adalah mereka merupakan golongan berilmu dan kita seharusnya menyerap ilmu2 yang mereka sampaikan untuk menjadi lebih baik. Apa2 pun selamat beramal, dan tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad... Peace!!!



Masterchef Selebriti Malaysia Season 2!

Bismillahhirrahmannirrahim

Jumpa kembali. Haaa salah satu rancangan yang mungkin dinanti-nantikan adalah Masterchef Selebri Malaysia Musim ke-2. Actually season 2 ni dah pun bermula beberapa episod, tapi sementara masih baru ni, aku up laa kan sikit kan pasal rancangan ni. Aku pun sebenarnya bukanlah pandai sangat memasak. Tapi aku suka menonton rancangan ini versi Malaysia tak kira versi peserta biasa, mahupun selebriti. Sebab musababnya, aku suka dengan elemen realiti yang dipersembahkan. Lagi2 bila cabaran sajian luar yang memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan. Semangat kerjasama memang tidak boleh diabaikan dalam apa aktiviti yang kita lakukan ok. Dari beberapa episod yang telah ke udara, memang nampak season kali ini nampak panas dan jelas. Masterchef kali ini pun telah mengisytiharkan beberapa selebriti yang tersingkir iaitu Keroz Nazri, Yassin, Sathiya, Zain dan Afiq Muiz. Dan sudah tentu aku pun ada peserta yang aku sokong... Hahahaha... bagi aku aku harap Datuk Aznil atau Norish Karman dapat ke final. Sebab apa, sebab mereka kreatif. That's it. Dan bagi beberapa minggu akan datang, mesti lagi banyak drama yang bakal menyusul dalam rancangan ni. Jadi bagi sesiapa yang masih tak tahu senarai peserta Masterchef Selebriti Season 2 kali ini di bawah adalah senarainya.

"Bila Dapur Panas, Watak Lain Jadi Jelas"...


Foto : Dari ASTRO.

So untuk anda yang meminati rancangan ini stay tuned dan teruskan menonton. Jangan nak sentap sangat bila ada artis yang korang sokong tu terkeluar. Kata pun bertanding kan... peace!!!

Putih Hitam Derita Bahagia......

Bismillahhirrahmannirrahim

Hai3x everybody, sape2 yang suka membaca keep on reading this blog okai, yang tak berapa nak minat on reading can leave this page. Hahahaa aptb. Haaa kamu2 semua mesti suka dengar lagu kan. Kebelakangan ni kan banyak lagu2 yang best2 release dekat Malaysia ni kan. Bravo dan syabas laa kat semua artis2 yang release a good song untuk halwa telinga kita ni. Untuk aku, memang aku MINAAAT sangat dengar lagu tak kira genre apa pun. Dan sekarang yang paling best adalah lagu dari Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku daaannn St12 iaitu Putih2 Melati. Komen sikit laa ek pasal dua lagu ni. Lagu hafiz tu first aku dengar bila aku buka you tube. Masa tu semua radio belum putar lagi pun lagu ni. Satu lagu yang baik bila kita dengar sekali je dah dapat attention kita. Haaaa ini laa lagunya. Melodi best, lirik puitis dan vokal Hafiz memang tak boleh blah laa kan... Super voice kot. Aku dah share kat facebook pun. Pastu lagu dari St 12, ermmmm lagu ni best. Tapi mula2 aku tak minat pun lagu ni. Bila dah kerap sangat dengar lama2 sangkut jugak. Lagu ni simple ngan lirik yang ulang2 dan boleh kata catchy juga la kot. Lirik pun sesuai untuk aku yang masih mencari jodoh ni... Nak jugak interframe kannnn.. Apa2 pun hopefully lagu ni jadi malar segar laa macam lagu2 zaman dulu tu kan. Next korang enjoy laa dengan 2 klip dari 2 lagu ni yee.. One day aku pulak nak cover lagu ni.. test market vokal. hehehehe....

Tajuk Lagu : Bahagiamu Deritaku
Penyanyi : Hafiz


Tajuk Lagu : Putih-Putih Melati
Penyanyi : ST 12





Once Upon A Time...

Bismillahhirrahmannirrahim

Suatu ketika. Perkataan ini semestinya ada pada pengalaman setiap insan. Suatu ketika itu, suatu ketika ini. Dan suatu ketika, hidup aku amat manis dan berwarna warni. Kenangan lalu harus dilupakan dan mulakan yang baru. Haaa mukadimah ditengahari ni kan. Baiklah tanpa melengahkan masa, cuba hayati tulisan di bawah ini...

Suatu ketika
Kehadiranmu amat ku nanti-nanti
Saatnya kau hadir dan menyinari
Sungguh indah rasanya hidup ini

Kau pencetus semangat dari bukti cinta
Membakar jiwa menjadi pencinta
Kehadiranmu memberikan seribu satu makna
Terpancar kebahagian diwajah akhirnya

Sayang
Saat kau berada disisiku
Tiada apa yang ku hiraukan selain kamu
Kau lah segala-galanya, kau lah yang satu

Berakhirnya saat manis itu
Kau berlalu pergi tanpa sebaris pesan
Ku disini menanti dan tiap detik berlalu
Semoga deritaku anugerah buatmu mengecap kebahagiaan

Apakah cahaya hatiku akan bersinar
Mengharap bintang turut menyinar
Ku mengharapkan jelmaan mu dalam lena
Demi mengembalikan kenangan Suatu ketika..............

created by : Remaja Pujangga @ Kemm'z Khamahrulz 2013

Ermmm tu dehhh... Terover dos plak jiwang tengahari buta ni... Whateva punianya bukan dan tiada kaitan dengansesiapa, jadi jangan nak perahsan sangat atau pun nak sentap2 ok.:Aku create berdasarkan keadaan dan situasi sekeliling aku dan family. Jadi suatu ketika nanti harap dapat direleasekan lot... Hahaha mimpi disiang hari betul... Ok till then selamat segala2..


Permataku

Bismillahhirrahmannirrahim

Masih terus menulis.. Banyak pulak benda nak ditulis hari ni kan. Ok siapa yang suka menulis angkat tangan! Eh aku je yang angkat sebab takde orang lain daaa... Baiklah apa yang semua akan baca sebentar lagi? Haaa aku kan dah lama tak menulis jadi aku persembahkan satu tulisan yang aku create sendiri... Ingat nak jadikan lirik, tapi tengoklah boleh ke tak kan..

Permataku
Mengapa kau pergi dan berlalu
Dikala aku masih memerlukanmu
Wahai permataku, kembalilah padaku

Oh permata
Kau ibarat bulan yang jauh
menyinari hari-hariku yang luluh
Tanpamu kini ku ibarat lumpuh

Oh permata
Walau kau jauh dariku
Hilai mesramu tetap ku rasai
semoga dapat kita bersatu
Tidak kini mungkin disuatu masa nanti

Permataku
Bahagialah kamu hendaknya
Doaku sentiasa mengiringi langkahmu
Semoga aku tidak kau lupa
Ku disini hanya mampu menunggu

created by : Remaja Pujangga @ Kemm'z Khamahrulz 2013

Ermmmm itulah satu dari luahan rasa... TAPI bukan ada kaitan dengan kekasih cuma boleh direlate kan sebab aku create untuk general. Untuk siapa aku create tu semestinya aku sahaja yang tahu.. From that, leave a comment if u like it... :

Living La Vida Loca :-)

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdullilah hari ini aku masih bernyawa... Dan hari ini merupakan penghulu segala hari... Kejap lagi semua dah boleh bersiap sedia untuk pergi ke masjid. Haaa bulan lepas umur aku pun dah genap 26 tahun. Rasa tak percaya pulak kan.. 4 tahun lagi masuk 3 series tuuuu. Aku ucapkan terima kasihlah pada semua yang doa yang baik2 untuk aku kan. Start lepas minggu tu memang setiap minggu kenduri sana kenduri sini. Hari ini pulak classmate aku nk menikah. Congratz to him first sebab akhirnya ko bergelar nakhoda jugak Encik Afizal Azil a.k.a tuanku... hahahaha Lately ni pun kehidupan aku agak balancing jugak laa.. Perghh balancing macam tayar kereta laa pulak. Balance means ada masa life aku slow dan ada masa gembira. For the couple ov months pun macam2 benda dah jadi dalam hidup aku including yang melibatkan family. TAPI! semua orang tak tahu dan tak perlu tahu kan. Tahap kesihatan aku juga berada di kondisi yang memuaskan selepas aku risau dengan apa yang berlaku tempoh hari tu. Semalam pulak result exam study aku dah keluar dan alhamdulillah dengan apa yang aku dapat. Semalam pun aku keluar dalam erti kata lain pakej untuk raikan result aku tu. Apa lagi yang aku harapjan dalam hidup aku? Ermmm sudah tentu kejayaan yang berterusan dan seseorang yang sesuai untuk berada disamping aku kan. Pertemuan semalam pun dengan kawan aku dan pertemuan tu buat aku selesa. Apa2 pun langkah awal mesti dimulakan dahulu kan. till then, tggu next post ye. Adios

Kenduri Sana Kenduri Sini

Bismillahhirrahmannirrahim

Hello there... ermmm bila aku tengokentri terakhir, punyalah lama aku tak update blog ni.. Adoi apa laa nak jadikan... Tak pe laa lama tak update pun facebook aku tetap update.. hahaha Ermm apa nak cite ek? Minggu lepas member aku kawen. Nama dia shera.. Masalah dikala mendapat jemputan dari dia adalah culture SHOCKKK!!!! Terkejut toqqq semua... Dalam diam2 tup2 dah nak kawen... Apa celop kannnn.. Whateva pun aku dah pun lapangkan masa aku untuk hadir pada hari bersejarahnya dengan pasangan... Pasangan dia pun agak friendly dan boleh masuk dalam group kitorang yang agak mereng... wawawawa. Aku xnak laa upload bebanyak gambar wedding dia dekat facbook sebab aku akan upload dekat sini... Jadi berikut afalah momebt2 ibdah dalam hidup dia bersama pasangan yang sempat ditangkap... haaa ayat pun dah tunggang langgang... Tapi actually lagi best kalau yang lain2 dapat turun sekali memeriahkan majlis... Untuk azrul dan kahar, wedding korang jangan lupa jemput tauuu. Esok resepsi sebelah lekaki dekat cheras tapi aku tak bole pegi sebab ada komitmen lain.. So hayati laa gambar2 di bawah... hehehehe peace....

Majlis perkahwinan Shera & Ijat
Tarikh : 4 Mei 2013
Tempat : Batu 14, Hulu Langat