Thursday, June 20, 2013

Advise

Bismillahhirrahmannirrahim

Petang ni dah msuk hari ketiga aku kat Mersing, Johor sebab menghadiri kursus anjuran tempat kerja aku laa kan. Sebab apa tak direct je cakap jabatan apa kan senang? Ermm sebenarnya bukan aku tidak bersyukur tapi tak berminat nak up kan nama tempat kerja aku tu kat sini. Yang tahu tu tahu la kan.. Abaikan tu semua sementara waktu. Haaa bulan depan dah nak masuk bulan baru. Bulan baru yang bukan sembarangan kan. Bulan yang kita semua sebagai umat Islam nantikan. Bulan apa lagikan bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia laa. Ini pun kebetulan laa ada masa senggang dalam kursus ni jadi aku pun update la apa yang aku buat kat sini. Ok balik semula pada bulan Ramadhan tadi pejam celik pejam celik tak sangka Ramadhan datang jumpa kita balik kan? Aku pun macam yang aku katakan sebelum ini 6 bulan yang mendatang ni akan menjadi bulan yang agak sukar buat aku dengan berbagai perkara dan tugasan pelajaran. Dan untuk itu aku mengharapkan aku cukup kuat dan tenang dengan persediaan fizikal dan terutamanya mental aku untuk hadap benda tu semua. Kadang2, aku rasa diri aku tak mampu nak membendung apa yang aku hadapi sehinggakan orang2 disekeliling aku menjadi mangsa lepasan geram. Rasa bersalah pulak gamaknya lepas aku buat tu kat mereka2 yang disekeliling aku. Tapi itulah dia, kita kena bijak kot tangani sebarang masalah. Kadang2 aku suka membaca status2 rakan FB yang mengajar kebaikan serta nasihat yang baik sebagai satu semangat untuk diri sendiri. Jadi untuk itu aku habiskan laa catatan merapu ni dengan assalammualaikum wbt. =) Tggu next post...

Wednesday, June 12, 2013

Tentang Posting

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum dan selamat segala-galanya... Agak lama jarak antara post ini dengan yang terakhir kan.. Nak buat mcm mana, time nak update je line internet berjalan macam ulat gonggok... Haaa tukar skit perumpamaan tu kan... Apa yang aku nak ceritakan sekarang ni ya. Ok la lately ni mesti orang macam pelik sikit bila tengok dan baca status aku di facebook. Apa yang aku merepek atau kiaskan melalui status2 itu kan. Sebenarnya status2 tu semua tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma untuk status yang agak keras tu memang aku tujukan pada seseorang.. Bagi status yang lain tu sebenarnya kalau sesiapa yang baca dapat menilai, ianya berkaitan dengan usaha untuk pencarian dan pengenalan diri atau lebih senang kata muhasabah diri kan. Dalam usaha yang baik untuk melakukan perubahan, aku rasakan orang lain tidak perlu untuk mengetahui apa yang aku kerja dan tidak kerjakan. Sekarang apa yang aku buat hanya DIA sahaja yang tahu. Dan aku harap hati aku akan lebih tegar untuk melakukan perkara tersebut tanpa terkandas di pertengahan lagi. Tapi, haaa dalam usaha kita ke jalan kebaikan tu memang tidak dinafikan akan ada halangan2 serta tempias2 yang perlu ditepis dengan cara berhemah. Kadang2, kalau terpengaruh jugak, alamatnya sia2 lah perjuangan yang kita buat kan. Tapi dalam beberapa bulan yang telah aku laksanakan, aku memang tenang dan bersempena kehadiran bulan rahmat yang akan tiba bulan hadapan, aku harap diri aku dapat menangani segala tekanan serta liku2 yang bakal dilalui nanti. Mungkin ianya akan menjadi sedikit 'tough' kerana dalam 6 bulan yang akan datang, aku akan menghadapi banyak cabaran laa lebih kurang kerana kehadiran bulan ramadhan, tugasan2 pembelajaran, kerja dan sudah semestinya raya aku tidak akan semeriah orang lain. Apa2 pun aku akan cubalah menangani semua itu dengan sebaik mungkin dan diharap tidak menjadi beban buat aku. Kerana jalan itu aku yang pilih, dan kesusahan serta keperitan yang dialami sekarang mungkin akan menyenangkan aku pada masa hadapan, in sha Allah... Whatever it is, hadapi dengan senyuman... =)