Saturday, April 23, 2011

Seloka Geng MYDIN ( just MEMORIES )

Selamat sejahtera pada semua
Semoga sihat walau dimana berada
Seloka di Nukil buat yang berduka
Semoga gumbira anda menbacanya

Seloka dimula tanpa bicara
Kak Zubaidah mangsa pertamanya
Orangnya kecil besar jiwanya
Moga kelak bertemu jodohnya

Calon kedua bernama Mustainah
Berwajah jelita berseri-seri
Kalau sudah mula bergaduh
Takkan dilepaskan sehingga mati ( halnya lah.. )

Mangsa ketiga cantik orangnya
Berbangsa India fasih berbahasa
Wang ringgit tak pernah berkira
Itulah dia Kak Vathy namanya

Ini pula lain ceritanya
Berbadan gempal lawak orangnya
Kalau sudah dapat ketawa
Itulah Ayie alamatnya runtuhlah dunia ( halnya jugak lah )

Yang seorang ni boleh tahan mulutnya
Kak Liza gerangan orangnya
Kalau dapat mengenakan kita
Dialah pontianak mengilai jawabnya

Kak Intira orangnya kecil
Tinggi tidak sebesar mana
Tapi bila mula mengomel
Habis satu department dengar suaranya

Yang ini pula satu hal juga
Orang nya kacak ( ke?? ) Musawwaf namanya
Tapi kalau kemarahan menyala
Jangankan department payung, MYDIN pun hancur dibuatnya

Seloka ini hanya gurauan
Untuk mengisi hati yang kosong
Kalau terkena harap diendahkan
Kalau tak suka buang je dalam tong...

* Aduyai la hai rindunya la aku dengan geng2 MYDIN aku nie... semua yang terlibat merupakan rakan yang terbaik dan the best in my life... kenangan bersama korang akan tetap menjadi satu memori dalam kotak kepala aku sebab ia merupakan kenangan yang amat2 manis kerana korang semua memang THE BEST... aku akan tetap doakan yang terbaik untuk semuanya walaupun ada antara nya telah pun terputus hubungan... all the best in whatever u all doin' right now - Kak Zubaidah, Kak Mustainah, Kak Vathy, Kak Intira, Ayie, Kak Liza & Musawwaf

Lirik + Kajian + Pendapat


Di Kayangan Kita - Datuk Siti Nurhaliza

Mataku memandang
Hatiku bergoncang
Bibirku berbisik
Menyebut namamu
Di langit terbentang
Awan berirama
Tertulis ini cinta kita
Kain yang ku pakai
Sulamnya sutera
Bukannya basahan
Hiasan diraja
Seri wajah kita
Menerangi senja
Terlupa malam dan siangnya

Jari jemariku
Bertaut sepuluh
Menyusunkan sembah
Hati nuraniku
Melafazkan rindu
Kalam tak berubah
Bagai di kayangan
Kita disatukan
Dalam persandingan
Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya
Mencipta gembira
Mencipta gelora
Bercintalah sepenuhnya
Di kayangan indah kita
Sendiri
Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya
Mencipta gembira
Mencipta gelora
Cinta sepenuhnya
Di kayangan kita
Cinta di kayangan kita
Di kayangan kita
Di kayangan kita
* Lately nie aku semakin tertarik untuk mendengar lagu-lagu tradisional seperti ini... kalau betul-betul menghayati lirik lagu ni, bole dikatakan ianya satu lirik yang betul-betul menyentuh perasaan dan melambangkan CINTA SEJATI yang sebenar. in my opinion, first verse melambangkan detik-detik permulaan percintaan dan verse seterusnya merupakan step ke alam yang lebih terjamin - PERKAHWINAN.... next, hati si wanita mengharapkan KAYANGAN yang dibina berjaya diharungi dan kejujuran si LELAKI diharap kekal hingga ke akhirnya........... =)

Kawen, Kawen, Kawen & KAWEN....

Salam 1Malaysia.. haahha government sgt la pulak kan pepetang nie...

Firstly, apa pandangan pada sesiapa yang BELOM berkahwin mengenai perkara diatas??? Or pada sesiapa yang BELOM berkahwin kali ke2, ke3 & ke4??? HAHAHA.. k la saja je pada mereka yang dh kawen, buat la cara dah kawen ye... tp, kalau mampu zahir batin nak tmbah cawangan, sila2kan lah... kan SUNNAH nabi... erm yang aku nak coret kat sini adalah isu KAWEN nie.... pada yang masih bujang trang tang tang cam aku nie kan, ( hahaha stetment tak boleh blah ) mesti banyak kali kene tanya pasal BILA NAK KAWEN??? tp yang kepelikan dan kejelikan aku adalah, bila dh kawen, mesti tanya bila nak ade anak pulak, pastu bila nak tambah anak pulak... pastu ntah BILA2 ape lagi ntah... aku pun dh banyak orang tanya pasal kawen nie... memandangkan aku masih mengekalkan TAKHTA bujang aku, hahaha.. sebenarnya aku mmg nak sgt kawen... tp as usual, aku bgtau aku masih mencari calon yang seswai serta dapat menerima diri aku SEADANYA.... lagipun, aku berasa bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga yang aku sayangi... hem aku ade 2 adik beradik. abg aku dh kawen, so tggl aku sorg je nak jenguk2 dan tgk2 kan parents aku...  tu pun kalau jodoh aku kat tmpt sendiri masih panjang... kalau aku kena tukar tmpat lain ( kerja ), nasib jugak kan?? lagi satu aku pun baru jer further study. bila kawen nie tanggungjawab akan jadi lebih besar dan berat... so isu2 tersebut diambil pertimbangan sebelum aku betul2 tekad untuk berkahwin dengan wanita pilihan aku SATU HARI NANTI... pada kawan2, pakcik2, makcik2 dan sape2 yang bising nak tgk aku naik pelamin, just doakan je la yang terbaik dan tervavom untuk hidup aku... INSYAALLAH akan sampai juga waktunya nanti...tqvm...

HAK dan KEBEBASAN bersuara dalam laman sosial...

Helo... HAHAHA ni aku nak bukak cite lain plak... isu nie sebenarnya dh lama dn dulu pun ade isu lain berkaitan isu nie... baru2 nie ade la sorg officemate aku berasa ketidak puasan hati mengenai kerja dan meluahkannya di dalam laman sosial miliknya iaitu FACEBOOK... tp aku takan bagitau la sape kan... giler la nak bagi tau dowh... aku cuma nak bagi opinion aku jer... that's why aku tulis kat dlam nie, sebab kalau publish kat facebook nanti jadi isu pulak kan??? hahahah ( poyos ). hah balik pada cerita tadi nie, mmbr aku tu sebnrnya mula2 kirim satu sms kat 'KEPALA' kitorang... yang aku tak puas hati, ( bkn nak sokong mmber ), bole pulak dia baca msg tu masa dlam meeting... tu satu hal.. pastu ada la isu yang lain2 yang dia tak puas hati... so bila manusia dh mula marah, apa yang akan dilakukan??? haaaaaaaa skang kan moden, so luahkan je lah dlam FACEBOOK untuk dapat maklumbalas serta pandangan yang bole meredakan kemarahan kita... tul tak??? skali banyak sambutan der status die mase tuh... dan ISU terbesar yang nak dibentangkan disini adalah... knape ade org yang SIBUK2 nak print dan bagi benda tu kat orang2 yang tak sepatutnya??? sape terasa tu boleh kirim salam ye... this is my opinion... harap jangan dipertikaikan... bagi aku kan, kalau seseorang tu meluahkan rasa geram dan tidak puas hati mereka kat dalam laman sosial milik mereka, xpayah nak sibuk2 amik tahu... komen sudah... itu baru dikatakan HAK mereka... pastu bila dh jadi macam nie, isu yang sebenarnya kecik, dh mula jadi besar dan direbak kan kepada org lain pulak... mcm yang aku ckap, selalunya artis je yang kena macam nie... tp tak sangka pulak org macm kita ni yang biase2 pon ade org nak amik tau... ha... yang penting, cuma bahasa semasa menulis status tue haruslah bersesuaian dengan budaya kita kan... marah tapi dalam bahasa yang sopan.. BOLEH??? =) fikir2kan lah ye ... peace!!!!

Today's activity....

hari ni 23 APRIL 2011... actually hari nie hari keramat bagi aku... today's my birthday la.... hahah tak sangke, dh pun masuk 24 tahun... hem tp hari ni aku memang rase kepenatan giler la sikit sebab dari awal pagi dah kena bangun nak bersiap sedia untuk ke DEWAN KERAMAT... hehe bukan dewan negara atau dewan rakyat ok... tp dewan yang akan menentukan mase depan aku iaitu dewan periksa da...  hari nie paper CTU 151. hem pening la jugak nak menjawap soalan yang diberikan... masalahnya, aku baca bab lain, soalan keluar bab lain... adoyai kekantoian aku disitu.. tp nak wat camne kan... jasad dengan roh aku pun dh masuk dan ada kat dalam dewan tu... terpaksa la jawab jugak sedaya upaya nye ( ye ke?? ) pastu xdek plan apa-apa... terus balik untuk kejar ke rumah busu aku sebab ade kenduri khatam quran sepupu aku... cuaca pulak hari ni panas semacam pulak... tp, debaran aku sebenarnya belum habis lagi sebab ade lagi paper yg lagi 'MANTOP' soalannye bakal dihadapi... hahaha... walau camne pun, aku akan buat jugak la the best yang aku mampu demi masa depan aku jugak kan... k la, tu je aku nak cite, yang lelain menyusul la nanti ke, kemudian ke, minggu depan ke, tahun depan ke... huhu =)