Wednesday, January 14, 2015

Pop, Pop, PoP, MeleTOP...

Bissmillahhirrahmannirahhim
Assalammualaikum w.b.t

Breaking news.. POP.. bukan paddle pop, K-POP.. Minat ke K-POP kamu orang semua ni? Ohhh.. mungkin perempuan2 je yang sangat meminati K-POP ni.. Maklumlah kan mamat2 jambu air.. haha.. Bukan apa, baru2 ni tiba-tiba cerita pasal K-POP jadi sangat2 lah popular dan satu video pasal K-POP ni jadi viral kat laman sosial.. Aku pun bukan peminat K-POP ni sangat.. memang dari dulu kot.. Aku minat Dato' Siti jer.. ermmm tak kelakorrr... Kalau nak compare la, muzik Siti kita tu lagi bagus rasanya dari muzik K-POP yang terkinja-kinja tak tentu hala... Muzik metal pun lagi bagus, sbb headbanging jer kasi sampai pening lalat.. Tapi itulah, bila dah minat, macam2 benda bole lupa.. Tapi nak tanya, kalau minat sangat mamat jambu K-POP tu, status diri sebagai "WANITA" dan "ISLAM" pun boleh lupa yaa? OOOO.. baru tau.. Nasib baik soalan ni tak ada dalam kertas UPSR or SPM.. kalau tidak mesti gagal sebab tak dapat jawab..


Sebenarnya aku faham lah minat.. Aku pun minat juga dengan artis2 ni.. Tapi bila kita tengok dan nilai terutamanya wanita pada K-POP ni, rasa memang betul2 terlampau.. Dia pulak yang terkinja2 tergediks2 nak kena peluk. Itu sangat memalukan laa kan.. It's a FACT.. Hari ni dalam surat khabar, pihak JAWI nak keluarkan waran sebagai hadiah untuk gadis2 itu.. So sediakan jawapan dalam masa seminggu ya K-POPERS2... Dah laa Malaysia KU yang terCHENTA ni dihujani oleh masalah2 dan musibah2 yang tidak bertepian, lagi pulak ditambah kebalaan ini.. Semua yang kita buat didunia ni akan dipaparkan semula "nanti" Jadi BACK TO BASIC dan berpada-pada ya dalam semua aspek dan hal...Sesiapa yang minat sangat K-POP tu mohon jangan terasa.. Just opinion OK.. Selamat Berhibur... Ada masa, aku cite lagi..

Usikan & Usik-Usikan

Bismmillahirrahmannirrahim
Asssalammualaikum w.b.t

Haaaa... Aduhai lama sangat kan time frame last posting dengan yang ini... errmmm macam mana laa nak berjaya dalam blog kan.. Aiyakkkk.. masa, masa, masa... Ok, Tak apa, aku nak tulis ni.. Bacalah yaaa.. haha.. Siapa yang tak pernah kena usik? angkat tangan anda! Ermmm xda sesiapa... Semua orang pernah diusik kan.. Tapi bukan usikan makhluk halussssss... Lari topik.. Usikan dan gurauan orang sekeliling kepada kita.. Apa reaksi dan penerimaan bila kita sering diusik? Suka? Duka? Jelek?


Aku hidup dekat dunia ni 27 tahun.. Nak masuk 28 tahun ni.. Muda lagi tu.. Dah 27 tahun juga la aku diusik dan "diganggu" oleh statement2 yang kadang-kadang aku rasa sebenarnya dah tahap melampau dan terlampau.. Tapi itulah, dah memang jenis aku ni buat dan ambil perkara tu sebagai 'USIKAN" jadi, biarkanlah sahaja ia berlalu di cuping telinga aku yang capang ini.. Tapi sometime, bila dah terlalu stress dengan usikan ni, rasa macam nak gila pun ada.. mintak simpang laaaa kan.. haha.. But one thing, kepada "peminat" aku kat luar tu kamu2 semua boleh sahaja meneruskan niat anda itu, kerana bagi aku, hidup ni takkan seronok tanpa bergurau kann... katanyaaaa... ok permulaan 2015, jumpa lepas ni.. aku nak cerita pasal isu semasa yang sedang membara lara...