Wednesday, January 14, 2015

Pop, Pop, PoP, MeleTOP...

Bissmillahhirrahmannirahhim
Assalammualaikum w.b.t

Breaking news.. POP.. bukan paddle pop, K-POP.. Minat ke K-POP kamu orang semua ni? Ohhh.. mungkin perempuan2 je yang sangat meminati K-POP ni.. Maklumlah kan mamat2 jambu air.. haha.. Bukan apa, baru2 ni tiba-tiba cerita pasal K-POP jadi sangat2 lah popular dan satu video pasal K-POP ni jadi viral kat laman sosial.. Aku pun bukan peminat K-POP ni sangat.. memang dari dulu kot.. Aku minat Dato' Siti jer.. ermmm tak kelakorrr... Kalau nak compare la, muzik Siti kita tu lagi bagus rasanya dari muzik K-POP yang terkinja-kinja tak tentu hala... Muzik metal pun lagi bagus, sbb headbanging jer kasi sampai pening lalat.. Tapi itulah, bila dah minat, macam2 benda bole lupa.. Tapi nak tanya, kalau minat sangat mamat jambu K-POP tu, status diri sebagai "WANITA" dan "ISLAM" pun boleh lupa yaa? OOOO.. baru tau.. Nasib baik soalan ni tak ada dalam kertas UPSR or SPM.. kalau tidak mesti gagal sebab tak dapat jawab..


Sebenarnya aku faham lah minat.. Aku pun minat juga dengan artis2 ni.. Tapi bila kita tengok dan nilai terutamanya wanita pada K-POP ni, rasa memang betul2 terlampau.. Dia pulak yang terkinja2 tergediks2 nak kena peluk. Itu sangat memalukan laa kan.. It's a FACT.. Hari ni dalam surat khabar, pihak JAWI nak keluarkan waran sebagai hadiah untuk gadis2 itu.. So sediakan jawapan dalam masa seminggu ya K-POPERS2... Dah laa Malaysia KU yang terCHENTA ni dihujani oleh masalah2 dan musibah2 yang tidak bertepian, lagi pulak ditambah kebalaan ini.. Semua yang kita buat didunia ni akan dipaparkan semula "nanti" Jadi BACK TO BASIC dan berpada-pada ya dalam semua aspek dan hal...Sesiapa yang minat sangat K-POP tu mohon jangan terasa.. Just opinion OK.. Selamat Berhibur... Ada masa, aku cite lagi..

Usikan & Usik-Usikan

Bismmillahirrahmannirrahim
Asssalammualaikum w.b.t

Haaaa... Aduhai lama sangat kan time frame last posting dengan yang ini... errmmm macam mana laa nak berjaya dalam blog kan.. Aiyakkkk.. masa, masa, masa... Ok, Tak apa, aku nak tulis ni.. Bacalah yaaa.. haha.. Siapa yang tak pernah kena usik? angkat tangan anda! Ermmm xda sesiapa... Semua orang pernah diusik kan.. Tapi bukan usikan makhluk halussssss... Lari topik.. Usikan dan gurauan orang sekeliling kepada kita.. Apa reaksi dan penerimaan bila kita sering diusik? Suka? Duka? Jelek?


Aku hidup dekat dunia ni 27 tahun.. Nak masuk 28 tahun ni.. Muda lagi tu.. Dah 27 tahun juga la aku diusik dan "diganggu" oleh statement2 yang kadang-kadang aku rasa sebenarnya dah tahap melampau dan terlampau.. Tapi itulah, dah memang jenis aku ni buat dan ambil perkara tu sebagai 'USIKAN" jadi, biarkanlah sahaja ia berlalu di cuping telinga aku yang capang ini.. Tapi sometime, bila dah terlalu stress dengan usikan ni, rasa macam nak gila pun ada.. mintak simpang laaaa kan.. haha.. But one thing, kepada "peminat" aku kat luar tu kamu2 semua boleh sahaja meneruskan niat anda itu, kerana bagi aku, hidup ni takkan seronok tanpa bergurau kann... katanyaaaa... ok permulaan 2015, jumpa lepas ni.. aku nak cerita pasal isu semasa yang sedang membara lara...

Monday, March 31, 2014

April & 2014....

Bissmillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Jumpa lagi dalam posting ni... huhu.. Banyak pulak benda yang nak dituliskan lepas exam ni. Ok, esok, dah masuk bulan April. 1 April 2014. Disamping esok adalah tarikh yang selalu dijadikan untuk mengenakan orang, esok adalah merupakan tarikh kelahiran bapa aku. Pakcik Khalid Bin Sharif. Selamat hari lahir, panjang umur, murah rezki & harapnya diberkati oleh-NYA selalu. Esok mungkin celebrate kalau tak ada hal lain. Ok, bulan April juga adalah bulan yang penting untuk aku. Sebab apa? Errmm aku juga telah dilahirkan oleh mak aku pada bulan April. Bila tarikh tersebut tiba, maka genaplah usia aku 27 tahun. 27.. Kalau dilihat mungkin hanya nombor biasa. Tapi secara pusingan sebagai manusia, aku merasa diri aku semakin matang dengan kejadian2 dan pengalaman2 yang aku tempuhi setiap masa, hari, dan tahun yang meningkat. Jadi bermula tahun lepas sebenarnya, aku dah mula untuk memperbaiki segala aspek yang mungkin selama ini aku tidak pernah pedulikan. Selepas ini In Sha Allah, aku cuba untuk menjaga perkataan yang keluar dari mulut aku, apa yang terpandang oleh mata aku dan apa yang telinga aku dengari. Sebagai manusia, secara lahiriahnya ia datang sendiri mungkin seiring dengan pertambahan usia aku. Kalau diikutkan banyak lagi benda yang aku perlu pelajari dan perbaiki untuk menjadi seorang INSAN & HAMBA yang abadi. Kekurangan itu sedikit sebanyak muncul dan menjelma tika aku bermuhasabah diri dan keseorangan. Jadi kepada sesiapa yang mencuba untuk mengapproach aku pada sesuatu yang aku diamkan, bukan bermakna aku tidak berminat tapi aku masih takut dan perlu mengawal tindakan kerana aku adalah jenis yang mudah dipengaruhi sebenarnya. Aku masih perlu memikirkan balasan selepasnya. Eventhough berkaitan perkara kecil. Lagipun aku memang tidak berminat untuk memperkatakan tentang perkara2 yang aku rasakan kurang baik dan boleh melembabkan pemikiran. Harap semua faham & jangan pandang serong... Aku hanya manusia dan bukan sesiapa. Aku cuma menjadi diri dan mencari diri yang hilang selama ini. Sesungguhnya manusia memang tidak boleh menerima sesuatu yang pelik dari biasa. It's a fact!!. =) 

Grouping - Gunakan Sebaiknya

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Ok, mengalir pulak kan posting aku tiba2.. Bukan apa, just to share dan mention something je.. Aku hanya manusia. Next, aku rasa semua dari kita mesti ada join kemudahan yang bermacam2 sekarang ni kan? We chat, Whatsapp, Chat On dan lain2 yang berkaitan. Kalau listkan nanti pun membazir masa je. Aku pun ada la involve dalam beberapa group whatsapp yang aku rasakan perlu untuk aku join. Motif aku join untuk kepentingan kerja atau dalam group tu ramai rakan2 yang dikenali contohnya alumni kita yang dah lama tak jumpa. 


-Hiasan Sahaja -


Ok, point nya disini adalah bukan aku nak cakap yang aku ni terlalu baik. Tapi bagi aku, selagi benda itu memberi manfaat pada kita semua, gunakanlah. Tapi gunalah untuk benda2 yang berfaedah dan betul. Rasanya tak perlu untuk mengupload atau share benda2 yang mungkin tidak menyenangkan pada pandangan mahupun seseorang. Kadang2 aku rasakan, benda2 ni semua menunjukkan tahap ketidak matangan pengguna kerana memang aplikasi yang digunakan tersebut mengikut peredaran zaman. Tapi manusia2 yang menggunakannya, jauh ketinggalan dan tidak bertamadun. Agak kasar tapi bagi aku, itu memang perkataan yang sesuai untuk describekan mereka2 itu. Dan untuk aku, tidak mustahil aku akan exit sahaja mana2 group yang aku rasa sangat tidak memberi makna dan aku tidak rasa kerugian disiru. Jadi untuk 'group admin' anda adalah mempunyai kuasa untuk menegur kerana anda yang create group tersebut. Boleh membuat teguran secara berhemah, dan sekiranya tidak diendah pun, tanggungjawab kita telah dilaksana. Orite.. Harap terasa. D.I.C??


Support = PENTING!

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Baiklah, tadi aku dah cerita pasal stress. Siapa la kat dalam dunia ini yang tidak stress kan? Semua mesti ada masalah dan kadang2 mendapat tekanan yang terlalu berat. Jadi, apa yang diperlukan oleh mereka yang stress. Point yang penting bagi aku adalah support. It means moral support dari orang2 dari sekeliling kita. Sebab utama aku nak highlight kan pasal support ni adalah kerana aku merasakan, kadang2 manusia sekeliling kita ni tidak faham dengan situasi yang kita hadapi yang menyebabkan kita stress itu. Mereka merasakan yang ianya hanya perkara remeh. Mereka tidak tahu betapa strugglenya kita menjalani kehidupan dan sedikit pun tidak menunjukkan sikap menyokong dengan memberi kata peransang atau pun semangat untuk menghadapi situasi itu. Tapi aku alhamdulillah, masih ada orang2 disekeliling aku yang masih dikategorikan supportive. Syukur sangat2 dengan kehadiran mereka. Tapi yang kebanyakkannya seperti mempermainkan apa yang aku buat, aku sekarang mengambil pendekatan berdiam dan hanya lepaskannya sahaja. Aku pun sekarang semakin merasa tenang dengan cara kehidupan yang telah aku pilih dengan kembali kepada DIA. Jadi aku tahu, DIA memang sentiasa berdampingan dengan aku. 


Sebab itu, bagi aku, sukar untuk mendapatkan sahabat yang boleh sama-sama mendengar dan memahami kita. What ever pun hidup perlu diteruskan. In Sha Allah perjuangan aku pun akan sampai ke penghujung jika tiada aral melintang. Doa2kan je la ye... Selepas itu, In Sha Allah juga aku akan menaikkan fasa hidup aku ke peringkat yang seterusnya. Hanya doa2 yang baik aku harapkan. Tqsm... =)

Kelegaan....

Bismillahhirrahamannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Lega. Itu adalah perkataan yang sesuai dikatakan BUAT masa ini. Sebab apa? Hari ni tadi adalah hari terakhir peperiksaan untuk semester aku kali ini. Doanya harap aku lulus semua subjek untuk meneruskan semester akhir selepas ini. Untuk paper hari ni tadi QMT 181. Memang hazab nak menjawab paper ni. Sebab apa? Ni dah la kali kedua aku amik. Pun berulang lagi peristiwa sem lepas. Tak sempat nak siapkan beberapa soalan. Adushhh... Adakah harapan untuk aku lulus tu? Tak apa, yang penting kali ni, tak banyak yang aku tinggalkan. At least ada juga markah dari soalan2 yang aku berjaya siapkan tu. Dan untuk kesekian kalinya, memang bila tiba waktu exam, memang aku berada dalam tekanan yang maksimum. Memang ikutkan oang sekeliling atau benda keliling aku takkan aku hiraukan! Tapi lepas habis semua, alhamdulillah, KELEGAAN yang teramat dirasai. Esok aku start balik untuk bekerja seperti biasa. 2 minggu ni memang sangat2 menmbuat aku tertekan. Jadi esok aku naik kerja harap2 tak ada pulak bebanan baru. Till then, up to the next posting yeeee...


Saturday, March 15, 2014

Saat Getir...

Assalammualaikum

Bismmillahhirrahmanirrahim

Malaysia. Negara yang kita semua cintai. Semua dari kita memang amat menyayangi Malaysia. Pada waktu ini, Malaysia dihujani dengan pelbagai musibah... Misteri kehilangan MH 370 yang belum menemui titik noktah, cuaca panas dan kemarau yang semakin  memuncak, dan jerebu yang sangat memedihkan dan mengaburi pandangan. Jika difikirkan, Malaysia sedang menempuh ujian paling getir saat ini dengan isu2 tersebut. Susulan kehilangan MH 370, pelbagai persepsi, laporan, andaian yang terbit dari setiap pelusuk pemikiran pemikir2 yang profesional mahupun yang tidak profesional. 



Aku bukan hendak membuat andaian dan menjadi salah seorang pemikir yang tidak profesional, tetapi aku hanya ingin menyatakan bahawa kejadian2 yang terlibat dapat memperlihatkan sejauh mana tahap pemikiran dan tindakan yang kita dapat lakukan. Kita juga tidak dapat menolak mungkin perkara yang terjadi juga merupakan tanda untuk kita kembali kepada yang asal (back to basic) yakni tuan empunya ALAM & DUNIA ini. Aku hanya mengulas secara general disini dan tidak akan memberikan pendapat secara terbuka kerana aku tidak mampu berbuat apa2 melainkan hanya berdoa yang belum pasti penerimaannya oleh YANG SATU. Tapi aku tetap memohon yang terbaik dan hanya mampu untuk berdiam diri serta memerhati dari ceruk yang kecil.