Sunday, October 28, 2012

Cemburu Buta

Bismillahhirrahmannirahim

Aku rasa setiap pasangan sama ada suami isteri atau pasangan kekasih mesti mempunyai perasaan cemburu. Cemburu memang merupakan satu fitrah dalam kehidupan. Pepatah juga menyebut cemburu tanda sayang. Mungkin aku tidak sesuai dalam merungkai tajuk ini sekarang kerana aku tidak mempunyai sesiapa. Tapi realitinya aku pernah mempunyai perasaan itu terhadap seseorang yang aku sayang. Aku tertarik dalam memberikan ulasan dalam hal ini selepas menyaksikan rancangan Selami Jiwa - Fadzilah Kamsah. Dalam tajuk cemburu buta, tetamu jemputannya adlah Ustaz Hazlin dan pelakon Diana Danielle. Dan pandangan serta jawapan dari kedua-dua panel memang menarik perhatian dan memberikan seribu satu makna dan menambah serba sedikit ilmu bagi diri aku.


- Sekadar gambar hiasan -

Bagi aku, aku suka dengan jawapan serta pandangan mereka kerana seperti Diana, walaupun dalam usia yang masih muda, dia dapat memberikan pandangan seperti orang yang sudah banyak pengalaman. Dan bagi pandangan aku, sifat cemburu memang perlu tetapi ianya perlulah dapat dikawal kerana bermula dari cemburu, peluru kegeraman akan sampai ke kemuncak dan memberikan kesan yang buruk pada diri sendiri. Dan fakta yang dikeluarkan oleh Ustaz Hazlin juga membuat aku berfikir apakah motif golongan muda dalam ikatan perkahwinan jika tewas terlalu awal dengan dugaan dan rintangan disebabkan oleh cemburu. Menurut ustaz tersebut, usia perkahwinan pasangan muda hanya mampu bertahan disulami kasih sayang selama 20 bulan pertama fasa tersebut. Selepas itu akan timbul pelbagai isu dalam ikatan yang dibina tersebut. Agak pelik kerana sekiranya sepasangan telah mengharungi hidup bersama, hubungan yang diikat seharusnya menjadi lebih intim dan rapat. Tetapi itulah dia jika perasaan cemburu berjaya menduduki carta ditambah pula dengan godaan si syaitan. 




No comments:

Post a Comment