Saturday, March 15, 2014

Kehilangan & Tekanan...

Assalammualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim

18 Oktober 2013 - 15 Mac 2014... Sangat lama sebenarnya untuk membuat posting baru kan... Bukan tidak aktif, tapi memang sangat2 terkekang dengan pelbagai urusan.. Walaubagaimanapun, aku tetap memantau blog ni... Ok la, disebabkan hari ni macam tiba-tiba tangan ni terasa nak menulis, aku tulis la kan. 2 minggu lagi aku dah nak exam... 2nd final sem punya exam.. tekanan dia lain macam sikit. sebab apa, 3 paper yang aku ambil memang killer baekkk punya.. Tapi in sha allah, aku cuba yang terbaik. Sebelum itu, 2 bulan pertama tahun 2014 ni aku rasakan pelbagai berita, cerita dan perkara yang terjadi, sama ada untuk diri aku secara personal mahupun melibatkan isu-isu negara. 


Ok, gambar yang kat atas tu adalah masa aku attend wedding kawan aku.. Dia adalah yang pakai kot tu.. Nama dia Razli Bin Zulkifli. Nama sahaja melayu, tapi dia OA. Kawan aku satu Jabatan. Dia kahwin tahun 2009. Wife dia yang gaun merah. Muka memang nampak garang, tapi aku rasa dia adalah kawan yang baik. Dia OA, tapi, percakapan dan bahasa tidak macam OA. Lepas beberapa ketika, dia stop dari Jabatan dan telah bekerja di tempat lain. Setelah beberapa tahun tak jumpa, aku dengar dia kemalangan. Bukan dilanggar, bukan melanggar. Tapi kecederaan agak serius. Sampai masuk CCU. Planningnya nak melawat masa cuti sabtu ahad, tapi Jumaat yang hening masa tu, aku dapat tahu yang dia dah meninggal. Realitinya, aku sebagai manusia dan pernah kenal dia dan menjadi kawan dia agak terkejut dan tersentak mendengar berita tu. Sangat cepat masa berlalu. Harap yang terbaik untuk isteri dan anaknya selepas ini. Selepas itu, Jabatan aku buat pertukaran dalaman. Sebenarnya aku rasa sedikit kecewa dan down juga sebenarnya. Ok fine, aku memang takkan dapat meloloskan diri dari pentadbiran sekarang. Tapi satu hari, PASTI aku akan keluar dari situ.. Itu janji aku pada diri aku sendiri. Dalam pertukaran tu, aku hilang beberapa kawan yang dah lama aku bekerjasama dan selesa bekerja. Walaupun dekat je, tapi, pertukaran tu mengubah sistem semuanya. Dalam pada waktu yang sama, ketua aku telah sampai masa untuk mengakhiri perkhidmatannya. Dengan bebanan kerja yang banyak tak tahu dari mana dan apa fungsi tambahan kerja tu, aku memang rasa stress dan tekanan. Tapi aku tetap positif dengan bergaul dengan kawan2 yang masih ada yang boleh memberi aku sedikit semangat untuk tersenyum semasa bekerja. Kalau tak, mungkin aku dah berhenti je. Lumrah makan gaji kan. Dan semua orang masih tak memahami aku sebenarnya. Tapi kalau sesiapa yang baca ni faham la kot. Dan bermula tahun ini jugak, aku berazam untuk menjadi seorang yang sangat positif dan in sha allah aku akan sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha untuk menjadi manusia yang baik dan muslim yang baik. Ok next ada cerita lagi. Keep on reading.


No comments:

Post a Comment