Friday, October 18, 2013

Sukarnya Menjadi Kepala

Bissmillahhirrahmannirrahim

Baiklah untuk next entri ini, aku nak mencoretkan sedikit tentang menjadi seorang 'kepala' tidak kira dimana-mana organisasi. Semua mesti tahu, menjadi ketua merupakan satu tugas yang sukar dan ianya satu tugas yang pasti mengundang sumpah seranah orang-orang dibawahnya. Tapi aku rasalah seseorang ketua harus bijak dalam menangani dan menguruskan pentadbirannya dengan pandai mengikut rentak yang ditunjukkan. Ini bukanlah satu sesi ketidakpuasan hati pada sesiapa kerana aku tidak menyatakan dan menujukan kepada sesiapa pun. Sebab kalau lah ada pun orang nak baca entri ni, mereka akan perasan yang aku menghentam dan menjuruskan entri ini pada mereka. Aku tak nak la pulak rasa kena saman kan... Poyo nya la hai stetment kan. Berbalik pada sebelumnya, seseorang ketua itu bagi aku perlu menjalinkan kemesraan dengan semua orang. Kadang-kadang seorang ketua yang perasan bagus ni tidak sedar kebagusannya tu berpunca dari jenteranya yang bergerak seiring. Satu lagi bagi aku la seseorang ketua itu tidak perlu nak menonjolkan sisi kebaikan sedangkan diri sendiri pun melanggar prinsip dan undang-undang... Jadi tak mahu la nak up panjang-panjang sangat pasal ni sebab nanti dikira kes lain pula. Btw, ketua jangan ingat segala yang keluar dari mulut dan tindakan diri itu betul senantiasa dan sebetulnya, jentera bawahan merupakan 'kepala' sebenar dan mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan anda.... Terimaa kasihhhh.... :

No comments:

Post a Comment