Wednesday, June 12, 2013

Tentang Posting

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum dan selamat segala-galanya... Agak lama jarak antara post ini dengan yang terakhir kan.. Nak buat mcm mana, time nak update je line internet berjalan macam ulat gonggok... Haaa tukar skit perumpamaan tu kan... Apa yang aku nak ceritakan sekarang ni ya. Ok la lately ni mesti orang macam pelik sikit bila tengok dan baca status aku di facebook. Apa yang aku merepek atau kiaskan melalui status2 itu kan. Sebenarnya status2 tu semua tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma untuk status yang agak keras tu memang aku tujukan pada seseorang.. Bagi status yang lain tu sebenarnya kalau sesiapa yang baca dapat menilai, ianya berkaitan dengan usaha untuk pencarian dan pengenalan diri atau lebih senang kata muhasabah diri kan. Dalam usaha yang baik untuk melakukan perubahan, aku rasakan orang lain tidak perlu untuk mengetahui apa yang aku kerja dan tidak kerjakan. Sekarang apa yang aku buat hanya DIA sahaja yang tahu. Dan aku harap hati aku akan lebih tegar untuk melakukan perkara tersebut tanpa terkandas di pertengahan lagi. Tapi, haaa dalam usaha kita ke jalan kebaikan tu memang tidak dinafikan akan ada halangan2 serta tempias2 yang perlu ditepis dengan cara berhemah. Kadang2, kalau terpengaruh jugak, alamatnya sia2 lah perjuangan yang kita buat kan. Tapi dalam beberapa bulan yang telah aku laksanakan, aku memang tenang dan bersempena kehadiran bulan rahmat yang akan tiba bulan hadapan, aku harap diri aku dapat menangani segala tekanan serta liku2 yang bakal dilalui nanti. Mungkin ianya akan menjadi sedikit 'tough' kerana dalam 6 bulan yang akan datang, aku akan menghadapi banyak cabaran laa lebih kurang kerana kehadiran bulan ramadhan, tugasan2 pembelajaran, kerja dan sudah semestinya raya aku tidak akan semeriah orang lain. Apa2 pun aku akan cubalah menangani semua itu dengan sebaik mungkin dan diharap tidak menjadi beban buat aku. Kerana jalan itu aku yang pilih, dan kesusahan serta keperitan yang dialami sekarang mungkin akan menyenangkan aku pada masa hadapan, in sha Allah... Whatever it is, hadapi dengan senyuman... =)

No comments:

Post a Comment