Monday, January 3, 2011

Formula Kejayaan

Sedikit ilmu dan ciri2 menuju kejayaan...

1. Musharatah
- Menetapkan apakah syarat-syarat disebalik tercapainya hajat untuk memapan pembangunan dalam         masyarakat madani yang penuh dengan insan2 rabbani

2. Muraqabah
- Menerima kehadiran ALLAH S.W.T dalam segala urusan. Jangan dilupakan bahawa ALLAH S.W.T Maha Melihat. Usaha2 yang dibuat harus bersandarkan pada keinsafan bahawa kejayaan berkekalan tidak mungkin tercapai jika mengabaikan kehadiran-NYA.

3. Muhasabah
- Menilai diri dan kelemahan yang dimiliki. Dengan itu, Iltizam dibuat untuk sentiasa memperbaiki diri menjai lebih sempurna.

4. Mu'aqabah
- Memdidik jiwa supaya ihklas & suci. Tiada jalan singkat menikmati kemanisan yang kekal tanpa restu Ilahi. Jiwa perlu kental sesuai dengan sasaran dan idealisme yang ditetapkan.

5. Mujahadah
- Usaha yang bersungguh-sungguh. Lakukan kerja bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Ianya memerlukan kesungguhan & perancangan yang rapi.

6. Mu'atabah
- Tegas dan jelas dalam mencela segala aspek yang jahat dalam diri. Mulakan hakisan didalam diri sendiri sebelum menghakis kejahatan orang lain..

No comments:

Post a Comment