Monday, January 3, 2011

Suara Hati Aku

Hidupku seperti insan lain,
Kadang-kadang suka kadang-kadang duka,
Suatu masa hidupku penuh warna kegembiraan,
Bersama dengan teman dan taulan,
Namun, kegembiraan itu tidak bermakna,
Kerana selepas itu, aku tertinggal keseorangan,
Teman ku semua pergi menuju titi kejayaan,
Namun ku masih disini,
Menanti hari esok yang menanti,
Tapi aku tetap tabah, walau banyak cabaran dan dugaan telah diredah,
Aku masih terpaksa dan gagah,
Didalam jauh lubuk hatiku, aku mengharap sinar kejayaan dan kegembiraan,
Kembali ke dalam hidupku,

Dengan kehidupan baru yang akan ku jalani,
Aku berharap liku-liku hidupku tidak lagi parah,
Aku mengharap dan memohon petunjuk dari ALLAH,
Sesekali aku merasa seperti berputus asa, namun apakan daya ibu bapaku masih ada,
Mereka pendorong utama, menyebabkan aku berdiri disini,
Dengan berdoa dan bertawakkal, aku mulakan langkah baru,
Disamping itu, ku kan terus berusaha ke destinasi tujuan ku,
Tanpa menoleh ke belakang lagi,
Coretan ku ini hanya pemuas hati,
Kerana ini adalah luahan tulus yang tersemat dikalbu,
Harapanku agar aku tidak menangis lagi, dan hidupku terus disinari dengan KEJAYAAN....

* ini adalah luahan semasa aku berada dalam keadaan yang hampir melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika permulaan 'kehidupan'...

No comments:

Post a Comment