Sunday, March 13, 2011

AKU...

Aku....
Merupakan seorang remaja yang serupa seperti yang lainya
Tetapi perjalanan hidupku tidak seperti yang diimpikan
Kerana kehidupanku sungguh tidak ku sendiri fahami


Namun aku...
Tetap meneruskan hidup dengan cinta
CINTA terhadap tuhan juga keluarga
Yang sesungguhnya merupakan pendorong utama


Aku, aku, aku & aku...
Seorang remaja tetapi BERPERANAN dewasa
Walau tubuh dan jasad terpaksa melakukannya
Aku tetap ingin menikmati hidup remaja
Dan dengan hubungan sahabat handaiku
Aku peroleh jua walau tidak selalu


Sesungguhnya aku...
Hanya mampu melontar senyuman
Senyuman kelat menggambarkan isi dalamanku
Tetapi apakan daya
Hidup tidak selalunya indah
Walau aku terpaksa bersusah payah
Namun aku bersyukur kerana rezeki dilimpah kepada ku oleh ALLAH
Dan aku merasakan aku lebih bertuah...

No comments:

Post a Comment