Sunday, March 13, 2011

Cinta - 'ATNIC'

Cinta
Adalah sebuah perkataan yang menyimpul pelbagai makna
Ia mampu membunuh dan menceriakan
Namun selalunya ia adalah satu lambang kegembiraan
Walau terus dirundung malang

Tetapi cinta
Kadang kala menyesakkan dada
Kononnya cinta itu buta
Kerana kerumitan yang berlaku mencengkam jiwa
Tanpa disedari akan mempengaruhi HATI untuk membenci

Cinta
Akan dinikmati sepenuhnya jika kena gayanya
Hidup berseri kerana BERJIWA
Ada peneman dikala duka
Pastinya ini cinta didamba

Namun cinta
Yang tidak direstui
Mampukah untuk melalui??
Kerana ia memerlukan kekuatan yang sejati
Tanpa perasaan berbelah bahagi

Cinta
Tidak boleh dijual beli
Dan tidak akan ada harganya
Walau emas didunia sebagai galang ganti
Cinta yang abadi kan TERSEMAT selamanya....

2 comments: