Sunday, March 13, 2011

Wahai ZUBAIDAH...

Zubaidah
Satu nama yang indah lagi bersih
Seorang wanita yang cekal lagi gigih
Mengharungi cabaran dan dugaan yang bersilih
Namun tetap tersenyum walau bersedih

Sesungguhnya zubaidah
Tidak akan mengenal erti lelah
Dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah
Yang telah diberikan akan disudah

Kerana mu zubaidah
Tidak akan ku lupakan jasa mu
Mengharungi segala musibah didalam hidupku
Sesungguhnya kau adalah sinar yang menyuluhi kalbu

Wahai zubaidah
Kaulah wanita yang cekal pernah ku kenali
Kerana sanggup menjadikan diri
Tempat melepas masalah dan rujukan yang sejati
Walau diri sendiri diselubungi duka
Kau tetap akan mempamer senyuman dimuka

Dan akhirnya zubaidah
Semoga kau mencapai apa yang diimpi
Membina mahligai yang bakal terpatri
Bersama teman terpilih yang mencuri hati
Sehingga berkekalan ke akhirnya nanti....

This is for ZUBAIDAH that i know for a few years... Dan sesiapa yang bernama zubaidah diseluruh dunia..
Signifikan nama tersebut amat menarik dengan attitude yang terlihat... 

No comments:

Post a Comment