Monday, March 31, 2014

Support = PENTING!

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Baiklah, tadi aku dah cerita pasal stress. Siapa la kat dalam dunia ini yang tidak stress kan? Semua mesti ada masalah dan kadang2 mendapat tekanan yang terlalu berat. Jadi, apa yang diperlukan oleh mereka yang stress. Point yang penting bagi aku adalah support. It means moral support dari orang2 dari sekeliling kita. Sebab utama aku nak highlight kan pasal support ni adalah kerana aku merasakan, kadang2 manusia sekeliling kita ni tidak faham dengan situasi yang kita hadapi yang menyebabkan kita stress itu. Mereka merasakan yang ianya hanya perkara remeh. Mereka tidak tahu betapa strugglenya kita menjalani kehidupan dan sedikit pun tidak menunjukkan sikap menyokong dengan memberi kata peransang atau pun semangat untuk menghadapi situasi itu. Tapi aku alhamdulillah, masih ada orang2 disekeliling aku yang masih dikategorikan supportive. Syukur sangat2 dengan kehadiran mereka. Tapi yang kebanyakkannya seperti mempermainkan apa yang aku buat, aku sekarang mengambil pendekatan berdiam dan hanya lepaskannya sahaja. Aku pun sekarang semakin merasa tenang dengan cara kehidupan yang telah aku pilih dengan kembali kepada DIA. Jadi aku tahu, DIA memang sentiasa berdampingan dengan aku. 


Sebab itu, bagi aku, sukar untuk mendapatkan sahabat yang boleh sama-sama mendengar dan memahami kita. What ever pun hidup perlu diteruskan. In Sha Allah perjuangan aku pun akan sampai ke penghujung jika tiada aral melintang. Doa2kan je la ye... Selepas itu, In Sha Allah juga aku akan menaikkan fasa hidup aku ke peringkat yang seterusnya. Hanya doa2 yang baik aku harapkan. Tqsm... =)

No comments:

Post a Comment