Saturday, March 15, 2014

Saat Getir...

Assalammualaikum

Bismmillahhirrahmanirrahim

Malaysia. Negara yang kita semua cintai. Semua dari kita memang amat menyayangi Malaysia. Pada waktu ini, Malaysia dihujani dengan pelbagai musibah... Misteri kehilangan MH 370 yang belum menemui titik noktah, cuaca panas dan kemarau yang semakin  memuncak, dan jerebu yang sangat memedihkan dan mengaburi pandangan. Jika difikirkan, Malaysia sedang menempuh ujian paling getir saat ini dengan isu2 tersebut. Susulan kehilangan MH 370, pelbagai persepsi, laporan, andaian yang terbit dari setiap pelusuk pemikiran pemikir2 yang profesional mahupun yang tidak profesional. 



Aku bukan hendak membuat andaian dan menjadi salah seorang pemikir yang tidak profesional, tetapi aku hanya ingin menyatakan bahawa kejadian2 yang terlibat dapat memperlihatkan sejauh mana tahap pemikiran dan tindakan yang kita dapat lakukan. Kita juga tidak dapat menolak mungkin perkara yang terjadi juga merupakan tanda untuk kita kembali kepada yang asal (back to basic) yakni tuan empunya ALAM & DUNIA ini. Aku hanya mengulas secara general disini dan tidak akan memberikan pendapat secara terbuka kerana aku tidak mampu berbuat apa2 melainkan hanya berdoa yang belum pasti penerimaannya oleh YANG SATU. Tapi aku tetap memohon yang terbaik dan hanya mampu untuk berdiam diri serta memerhati dari ceruk yang kecil. 

No comments:

Post a Comment