Monday, March 31, 2014

April & 2014....

Bissmillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t

Jumpa lagi dalam posting ni... huhu.. Banyak pulak benda yang nak dituliskan lepas exam ni. Ok, esok, dah masuk bulan April. 1 April 2014. Disamping esok adalah tarikh yang selalu dijadikan untuk mengenakan orang, esok adalah merupakan tarikh kelahiran bapa aku. Pakcik Khalid Bin Sharif. Selamat hari lahir, panjang umur, murah rezki & harapnya diberkati oleh-NYA selalu. Esok mungkin celebrate kalau tak ada hal lain. Ok, bulan April juga adalah bulan yang penting untuk aku. Sebab apa? Errmm aku juga telah dilahirkan oleh mak aku pada bulan April. Bila tarikh tersebut tiba, maka genaplah usia aku 27 tahun. 27.. Kalau dilihat mungkin hanya nombor biasa. Tapi secara pusingan sebagai manusia, aku merasa diri aku semakin matang dengan kejadian2 dan pengalaman2 yang aku tempuhi setiap masa, hari, dan tahun yang meningkat. Jadi bermula tahun lepas sebenarnya, aku dah mula untuk memperbaiki segala aspek yang mungkin selama ini aku tidak pernah pedulikan. Selepas ini In Sha Allah, aku cuba untuk menjaga perkataan yang keluar dari mulut aku, apa yang terpandang oleh mata aku dan apa yang telinga aku dengari. Sebagai manusia, secara lahiriahnya ia datang sendiri mungkin seiring dengan pertambahan usia aku. Kalau diikutkan banyak lagi benda yang aku perlu pelajari dan perbaiki untuk menjadi seorang INSAN & HAMBA yang abadi. Kekurangan itu sedikit sebanyak muncul dan menjelma tika aku bermuhasabah diri dan keseorangan. Jadi kepada sesiapa yang mencuba untuk mengapproach aku pada sesuatu yang aku diamkan, bukan bermakna aku tidak berminat tapi aku masih takut dan perlu mengawal tindakan kerana aku adalah jenis yang mudah dipengaruhi sebenarnya. Aku masih perlu memikirkan balasan selepasnya. Eventhough berkaitan perkara kecil. Lagipun aku memang tidak berminat untuk memperkatakan tentang perkara2 yang aku rasakan kurang baik dan boleh melembabkan pemikiran. Harap semua faham & jangan pandang serong... Aku hanya manusia dan bukan sesiapa. Aku cuma menjadi diri dan mencari diri yang hilang selama ini. Sesungguhnya manusia memang tidak boleh menerima sesuatu yang pelik dari biasa. It's a fact!!. =) 

No comments:

Post a Comment