Saturday, March 15, 2014

Desakan Yang Melemaskan

Assalammualaikum

Bismillahirrahmannirrahim

Ok, petang2 macam ni rasa nak menulis je pulak kan. Alhamdulillah, hujan baru je reda dan bumiku jua telah basah dengan rahmatMU ya ALLAH... Akhirnya turun juga hujan setelah sekian lamanya. Baiklah, untuk pembaca2 semua, untuk kali ini, aku nak cerita sedikit tentang desakan2 yang aku kerap dapat. Sesuai kot aku katakan desakan. Sebab apa, aku ni dah nak masuk 27 tahun. Lelaki 27 tahun, didesak untuk apa lagi kan. KAHWIN la jawapannya. Ok meh aku ceritakan sikit la kan pasal nak kahwin ni. Aku manusia. Manusia biasa dan bukan sesiapa pun. Sebelum ni pun aku dah postingkan pasal kahwin ni. AKU HANYA MANUSIA BIASA. Untuk kali kedua aku mention kan disitu. Aku juga punya niat dan impian untuk memiliki keluarga sendiri dengan berkahwin. Tapi aku rasakan orang2 yang berada disekeliling aku tidak faham dan mungkin takkan hendak faham dengan situasi aku. Jodoh aku belum sampai. Fullstop. Dan untuk reason yang lain, aku ada target dan achievement yang aku telah letakkan untuk hidup aku. Kadang2 aku fikir, orang2 sekeliling ni lebih advance dari keluarga aku sendiri. Keluarga aku pun tidak mendesak sepertimana mereka. Kadang2 aku dipermainkan oleh kawan2 aku oleh kerana aku yang masih belum berkahwin. Aku tau mereka mungkin hanya bergurau, dan aku pun anggap perkara tersebut sebagai usikan sahaja. Tapi, jauh dibenak hati aku, hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Aku sentiasa berdoa untuk jodoh yang tebaik bagi diri aku dan doa aku juga sentiasa ada untuk semua orang sekeliling aku. Tapi, susah sangatkah hendak menjaga hati orang lain? Aku tidak bermaksud tentang diri aku sahaja. Tapi secara general untuk semua yang masih belum berkahwin. Thanks untuk advice2 yang memberikan semangat tapi aku rasakan masa aku belum sampai. Itu sahaja. Boleh dikatakan hubungan aku yang sebelum2 ini pun tidak menjadi mungkin kerana khilaf aku sendiri. Sebab itu aku rasa aku tidak patut mengulanginya lagi.


Lagipun, sekarang aku masih berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Jadi sekiranya aku dipertemukan jodoh, aku sebagai manusia, hanya inginkan yang terbaik dan boleh menerima aku seadanya. Buat masa sekarang priority itu hanya pada ALLAH, keluarga dan diri aku sendiri sahaja. Dan aku juga mengharapkan semua untuk mendoakan jodoh aku. Adios.. =)



No comments:

Post a Comment