Sunday, May 12, 2013

Ibu, Emak, Bonda, Umi

Bismillahhirrahmannirrahim

Alhamdulillah dapat aku menulis lagi hari ini... Ada benda nak tulis, tulis lah kan. Lepas ni mungkin aku dah mula sibuk semula dengan rutin biasa sebab dah nak masuk semester baru. Jadi, hari ini hari apa? Hari Ahad lerrr hari apa lagi kaaannn.. Haha saja je bikin panas sikit. Sebenarnya aku pun tak tahu yang tarikh hari ibu tu hari ini. Sebab aku memang tak ingat pun tarikh2 yang orang kata penting ni. Tapi, jangan latah dulu, ilek, sebenarnya bagi aku tarikh sebenar nak ingat kat orang2 penting ni bukan satu hari je. Hari2 adalah hari penting buat ibu, ayah dan sesiapa yang penting bagi aku. Ini bila hari ibu sebagai contoh, barulah nak sambut bagai. Habis hari2 lain rasanya ibu mereka tu tak penting la kan.  Ini hanya pendapat personal aku, kalau tak suka, aku kisah apa kan. Lepas tu, tarikh keramat hari ini juga merupakan hari kesedihan bagi sepupu aku kerana ibu kesayangannya telah pergi menyambut seruan Ilahi. Ibu dia merupakan makngah aku. Al-Fatihah untuk arwah makngah aku dan semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Jadi biat semua, pesanan ini aku rasa memang sudah sebati dan biasa kita dengar iaitu sayangilah mereka sementara masih ada, bila sudah tiada, nikmat kita ibarat sudah ditarik oleh Allah. Until then, jumpa lagi dalam next post.

No comments:

Post a Comment