Friday, May 10, 2013

Pendakwah... Fenomena Masa Kini

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t. Petang sudah hari ini. Alhamdulillah cuaca pun baik hari ini. Jadi, aku pun ikut keadaan cuaca la untuk sentiasa menaip. Baiklah, benda ni dah banyak kali aku ingatkan, this blog is all about the things that happen around me.Dan, tidak semestinya aku akan post mengenai perkara2 jiwang sentiasa walaupun aku suka bermadah pujangga. Ok, petang ni aku nak komen pasal kehadiran beberapa pendakwah yang aku rasa kebelakangan ini berjaya mencetuskan fenomena. Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Kazim Elias (Sekadar menyebut beberapa nama). Realitinya, pada dasarnya, kehadiran2 mereka telah sedikit sebanyak membuka hati aku untuk sama2 mendengar apa yang disampaikan. Selain itu, dapat juga menambahkan ilmu bagi diri kita. Betul kan apa aku cakap ni. Jadi, blog aku ni agak general sebenarnya. Jadi, aku teruskan ye. Kenapa mereka2 itu berjaya mendapat tempat di hati kita?? Bagi aku senang kot, cara penyampaian mereka yang menarik diselitkan dengan kesesuaian masa kini dan secara tidak langsung berjaya menambat hati kita untuk terus mendengar.


Ustaz Haslin Baharin


Ustaz Don Daniyal


Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Kazim Elias



Ustaz Fathul Bari


Imam Muda Asyraf

Haaaa untuk pengetahuan, ustaz2 diatas boleh dikatakan ikon dakwah masa kini. Bagi aku, perkara tersebut merupakan satu permulaan yang baik kerana remaja2 zaman sekarang memang mendambakan cara penyampaian seperti ini untuk terus datang dan menuntut ilmu. Dan bagi aku, walaupun sesetengah dari mereka merupakan wakil dari sesebuat parti, kita tidak seharusnya menilai mereka berdasarkan perkara tersebut. Fahaman mereka itu hak masing2. Yang diuatamakan adalah mereka merupakan golongan berilmu dan kita seharusnya menyerap ilmu2 yang mereka sampaikan untuk menjadi lebih baik. Apa2 pun selamat beramal, dan tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad... Peace!!!



No comments:

Post a Comment