Friday, May 10, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Season 2!

Bismillahhirrahmannirrahim

Jumpa kembali. Haaa salah satu rancangan yang mungkin dinanti-nantikan adalah Masterchef Selebri Malaysia Musim ke-2. Actually season 2 ni dah pun bermula beberapa episod, tapi sementara masih baru ni, aku up laa kan sikit kan pasal rancangan ni. Aku pun sebenarnya bukanlah pandai sangat memasak. Tapi aku suka menonton rancangan ini versi Malaysia tak kira versi peserta biasa, mahupun selebriti. Sebab musababnya, aku suka dengan elemen realiti yang dipersembahkan. Lagi2 bila cabaran sajian luar yang memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan. Semangat kerjasama memang tidak boleh diabaikan dalam apa aktiviti yang kita lakukan ok. Dari beberapa episod yang telah ke udara, memang nampak season kali ini nampak panas dan jelas. Masterchef kali ini pun telah mengisytiharkan beberapa selebriti yang tersingkir iaitu Keroz Nazri, Yassin, Sathiya, Zain dan Afiq Muiz. Dan sudah tentu aku pun ada peserta yang aku sokong... Hahahaha... bagi aku aku harap Datuk Aznil atau Norish Karman dapat ke final. Sebab apa, sebab mereka kreatif. That's it. Dan bagi beberapa minggu akan datang, mesti lagi banyak drama yang bakal menyusul dalam rancangan ni. Jadi bagi sesiapa yang masih tak tahu senarai peserta Masterchef Selebriti Season 2 kali ini di bawah adalah senarainya.

"Bila Dapur Panas, Watak Lain Jadi Jelas"...


Foto : Dari ASTRO.

So untuk anda yang meminati rancangan ini stay tuned dan teruskan menonton. Jangan nak sentap sangat bila ada artis yang korang sokong tu terkeluar. Kata pun bertanding kan... peace!!!

No comments:

Post a Comment