Tuesday, October 16, 2012

Kebahagian Dalam Perpisahan

Salam semua.

'Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, bunga yang layu pada musim luruh, yang dulunya mekar disiram suria, bila sudah kering pasti akan gugur'......Bait lirik yang amat menyentuh hati aku saat ini. Hari ini merupakan hari yang agak sedih bagi aku. Hubungan yang bakal genap setahun pada bulan hadapan tidak mampu dipertahankan lagi. Ya hubungan aku gagal lagi. Kali ini situasinya berbeza kerana keputusan tersebut diambil oleh aku sendiri. Walaupun pada dasarnya aku berasa amat sedih, namun bagi 'dia' mungkin keputusan yang aku lakukan hanya mementingkan diri sendiri. 'Kau' pernah singgah dan membuatkan hidup aku bercahaya, tidak mungkin aku sewenang2nya untuk melepaskan 'kau'. Tapi aku harus mengambil keputusan tersebut walaupun ianya pahit untuk ditelan. Aku tidak akan menyalahkan 'kau' sekiranya perasaan benci semakin menebal kerana keputusan itu. Aku terima dan berharap 'kau' puas melemparkan kata2 ketidakpuasan hati terhadap aku. Tidak mengapalah. aku anggap apa yang berlaku sebagai satu lagi coretan kisah pengalaman hidup aku diatas muka bumi ini. KetentuanMU tidak akan sesekali aku pertikaikan. Kiranya tersurat jodohku nanti pasti ia akan datang juga kepada aku. Hidup harus diteruskan........

No comments:

Post a Comment